KitKat Candy Crush.


Masa masuk AEON Mall hari tu, aku ada masa terluang sikit. Maka, pusing lah aku dalam market. Bukan hari minggu. Jadi, tak ramai lah orang dalam tu. Terasa luas pulak.

Aku masuk ruang jajan. Ternampak KitKat warna pink. Cantik pulak pek baru ni. Aku bukan lah penggemar KitKat. Jarang makan. Salah satu sebabnya, KitKat manis!


Yang terbaru ni, KitKat collab dengan Candy Crush. Aku berkurun dah tinggalkan game Candy Crush. Bukan apa. Ramai kenalan FB yang main tipu. Entah macam mana diorang hack game ni sampai level tersangat tinggi. Aku nak kejar pun tak dapat. Pastu, terus emo dan tak nak main terus. 😅




Sebab nak tahu macam mana rasa perisa Candy Crush ni, aku pun beli lah satu. Ada 2 jenis pek. Yang besar dan yang kecik. Aku beli yang kecik je. Nak rasa je kan?



Warna KitKat ni pink. Lain daripada yang lain. Rasa coklat strawberi. Baunya wangi. Rasanya sedap jugak. Tapi macam tu lah. Tetap manis. Bukan snek yang boleh dimakan hari-hari.

Lepas makan ni, terasa nak jenguk macam mana lah Candy Crush sekarang ni. Mesti banyak perubahan. Tapi risau bila dah start main, nanti ketagih tak pepasal. 😂

Post a Comment

10 Comments

  1. ini kalau anak sedara nampak pink ni mmg dia berzikir nak suruh beli! hehehe

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Nampak cantik pink dia.. Kat sini tak ada lagi nampak orang jual..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap yang ni eksklusif kat AEON. Sebab setakat saya pergi pasar raya lain, belum nampak yang ni.

      Delete
  3. Dah macam-macam flavour KitKat ni ye. KitKat jarang tak manis. Mostly manis leting.

    ReplyDelete
  4. sy still main CC ni. agak2 kalau menang straight non stop boleh dpt x kitkat ni?🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  5. Eh belum liat yg pink candy crush ini 😍😅😅. Tapi dah lama juga saya tak makan ini bang. Samalah, tak suka manis. Sesekali saja. Itupun saya ttp suka yg rasa original.

    Btw serius candy crush ini bisa dihack JD level tinggi??? Aiiiish curang yaa. Saya saja pelan2 mainkan sampe level skr. It pun msh di 4000++ sementara temen saya dan 7000++ hahahahah.

    Coba main lagi bang. 😅. Saya biasa main hanya di malam hari, sebelum tidur. Tapi memang addict lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang pandai hack. Dulu kawan-kawan FB entah macam mana diorang buat, banyak dapat items dan lives yang bolehkan naik level dengan mudah.

      Delete