Masa raya lepas, aku perasan ada KitKat Ketupat Pandan kat kedai. Warna hijau. Nak cuba tapi entah kenapa waktu tu tak terasa nak beli pulak.
Lepas makan KitKat Candy Crush, aku pun godek lah Lazada. Kot ada yang jual KitKat ketupat tu. Ada. Kedai rasmi. Tapi takde yang paket kecil. Ada yang paket besar je.
Aku pun order lah sepaket yang besar. Dalam paket besar ni ada 3 paket kecil. Nasib baik waktu aku order tu, ada voucher diskaun yang Lazada bagi. Jimat sikit.
Dalam masa 4 hari, order aku sampai. Bagus kedai ni sebab diorang letak dalam kotak. Dalam kotak tu pulak, siap ada insulator bag dan ice pack. Tak nak bagi coklat cair masa delivery. Tak sempat pulak nak snap gambar waktu tu. Excited katakan.
4 Comments
tk pernh lg tgk perisa ni
ReplyDeleteDah lama perisa ni. Ni pun saya lambat beli. 😅
DeleteSaya rasa cuma dijual di Malaysian Varian ini yaaa. Padahal nak coba. Bau pandan pasti sedap kan 🩷
ReplyDeleteMungkin lah kot. Hanya dijual di Malaysia sempena raya hari tu. Bau pandan memang menyerlah. Coklat pun sedap.
Delete