Olimpik Paris 2024 dah mula. Ada game doodle tak?


Dah masuk musim Olimpik. Tak sabar pulak rasanya nak tengok siapa atlet kita yang mampu bagi pingat emas pertama untuk negara kita Malaysia.

Bila sebut Olimpik, teringat pulak aku dengan game doodle sempena Olimpik Tokyo 2020 yang diberi nama Doodle Champion Island. Waktu tu, aku betul-betul addicted dengan game tu. Sampai semua misi aku berjaya harungi. Mula-mula nampak payah tapi bila dah start main, senang je sebenarnya.



Tapi aku tak sempat nak habiskan game tu. Fasa akhir, watak utamanya, Lucky dah boleh kembali semua ke tempat asalnya. Maksudnya, Lucky akan keluar dari pulau tu sempena tamatnya Olimpik Tokyo 2020.

Kalau ada masa, boleh main lagi dari awal. Sebab aku dah save siap-siap progress misi termasuk cara nak complete setiap misi tu dalam entri aku yang lepas.


Bagi aku, game Doodle Champion ni sangat best. Aku suka design pixel macam ni. Menggamit memori zaman kanak-kanak. Lagipun, game macam ni tak seberat game sekarang.

Post a Comment

6 Comments

  1. peminat game mesti tertunggu2 kan sblm menjelang olimpik ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti. Kena set masa siap-siap takut terlepas.

      Delete
  2. haah aku suka jenis pixel mcm tu jugak drpd yg zmn skrg ni

    ReplyDelete
  3. Hahahahha iyaa, tampilan image nya pixel sangat 😆. Saya malah baru tahu ada game ini. Nantilah nak coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Kena cuba main game ni. Sangat addicted.

      Delete