Pertama kali makan rabokki emart24.


Tadi lepas beli barang kat 7e, aku masuk emart24 aka emart. Tak sangka pulak kat kawasan rumah aku ada emart. Punya lah lama aku tak keluar jalan-jalan kat kawasan ni.

Sebelum ni aku dah beberapa kali masuk emart kat tempat lain. Tu pun beli tteokbokki dan aiskrim. Kalau FamilyMart jual barang Jepun, emart jual barang Korea. Jadi, jajan viral dan basic orang Korea makan, ada kat sini.

Kali ni aku beli rabokki. Rabokki ni gabungan ramyun dan tteokbokki.



Kesnya aku ada tengok variety show terbaru dari Korea iaitu Whenever Possible. Dalam episod 1, masa Kwang Soo jadi guest, diorang pergi makan rabokki. Aku tertanya-tanya macam mana rasa rabokki ni.

Dalam bekas tu ada sosej, ramyun dan tteokbokki.

Aku suka tteokbokki kat emart ni sebab menepati cita rasa aku. Dulu aku pernah makan tteokbokki kat sebuah kedai dalam mall kat Johor. Tak sedap. Pelik sangat rasanya. Siap ada telur rebus. Terus jadi muak.

Rabokki emart ni pedas. Sama pedas dengan mi segera Samyang tu. Kalau siapa tak tahan pedas, elakkan beli. Ni pun aku makan sambil minum air Vitagen yang bertimbun dalam peti sejuk. 😂

Post a Comment

6 Comments

  1. Ada beberapa kali masuk emart tapi beli aiskrim dia.. murah RM1.50 jer.. yg lain dlm kedai tak pernah beli lagi hihihii..

    ReplyDelete
  2. Suka k-food ye BK?
    Bole geng dgn si Kakak :D

    ReplyDelete
  3. ha'ah emart punya tteokbokki sedap tapi tengok jugak staff mana yang buat. kat tempat I dia suka buat banyak pastu biar kembang.

    ReplyDelete
  4. belum pernah try lagi rabokki.. teringin nak try tp tak tahan pedas hehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... boleh merasa... yumm yumm yummm

    ReplyDelete