Sotong masak lemak cili api jambu golok.


Jenguk kat pokok jambu golok tepi rumah. Masih ada beberapa biji buahnya tergantung kat pokok. Musim buahnya dah mula berakhir. Hanya tinggal beberapa biji kat celah dahan pokok.

Aku ambil 2 biji buah yang hampir masak. Nak buat masak lemak. Campur sotong. Resepinya senang sangat. Yang penting, rajin.

Jambu golok tu lepas dihiris, kena lumur garam. Sebab nak biar getahnya tak melekat. Biarkan dalam 5 minit. Lepas tu, bilas dengan air.

Bahan-bahan

  • 6 ekor sotong (kelar)
  • 2 biji gajus atau jambu golok
  • 1 biji bawang holland (kisar)
  • 1 biji bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 6 biji cili (kisar)
  • 1 batang serai (ketuk lah sikit)
  • Sedikit halia
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 1 kotak kecil santan Kara (65 ml)
  • 2 cawan air masak

Langkah-langkah

  1. Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
  2. Masukkan bahan kisar, serbuk kunyit, serai dan halia.
  3. Masukkan sotong dan jambu golok.
  4. Bila hampir masak, tambah garam, gula dan santan.
  5. Siap.

Portion yang aku buat ni boleh makan untuk 2 orang. Kalau ramai, boleh je tambah kuantiti sotong dan jambu golok tu.


Kalau nak pedas, sila tambah cili sendiri. Aku punya versi light je. Kang terlebih pedas, maunya keluar masuk jamban pulak nanti.

Masak lemak ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas pasti terangkat. Boleh menambah-nambah.

Post a Comment

2 Comments

  1. Nak cari buah jambu gajus ni pun dah susah sekarang

    ReplyDelete
  2. samalah mmg tak boleh pedas sgt nti berkejaran ke jamban hahaha

    ReplyDelete