Jenguk kat pokok jambu golok tepi rumah. Masih ada beberapa biji buahnya tergantung kat pokok. Musim buahnya dah mula berakhir. Hanya tinggal beberapa biji kat celah dahan pokok.
Aku ambil 2 biji buah yang hampir masak. Nak buat masak lemak. Campur sotong. Resepinya senang sangat. Yang penting, rajin.
Jambu golok tu lepas dihiris, kena lumur garam. Sebab nak biar getahnya tak melekat. Biarkan dalam 5 minit. Lepas tu, bilas dengan air.
Bahan-bahan
- 6 ekor sotong (kelar)
- 2 biji gajus atau jambu golok
- 1 biji bawang holland (kisar)
- 1 biji bawang merah (kisar)
- 2 ulas bawang putih (kisar)
- 6 biji cili (kisar)
- 1 batang serai (ketuk lah sikit)
- Sedikit halia
- 1 sk serbuk kunyit
- 1 sk garam
- 1 sb gula
- 1 kotak kecil santan Kara (65 ml)
- 2 cawan air masak
Langkah-langkah
- Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
- Masukkan bahan kisar, serbuk kunyit, serai dan halia.
- Masukkan sotong dan jambu golok.
- Bila hampir masak, tambah garam, gula dan santan.
- Siap.
Portion yang aku buat ni boleh makan untuk 2 orang. Kalau ramai, boleh je tambah kuantiti sotong dan jambu golok tu.
Kalau nak pedas, sila tambah cili sendiri. Aku punya versi light je. Kang terlebih pedas, maunya keluar masuk jamban pulak nanti.
Masak lemak ni kalau makan dengan nasi putih panas-panas pasti terangkat. Boleh menambah-nambah.
12 Comments
Nak cari buah jambu gajus ni pun dah susah sekarang
ReplyDeleteMemang susah nak jumpa. Sini ada banyak pokok. Kat tepi jalan pun ada pokok gajus. Tapi tak berbuah.
Deletesamalah mmg tak boleh pedas sgt nti berkejaran ke jamban hahaha
ReplyDeleteGeng lah kita. Pedas biasa-biasa boleh tahan lagi. 😁
Deletetiba tiba google apakah jambu golok tu hahahaa
ReplyDeleteBagus. Harap jumpa lah tu. 😄
DeleteJambu golok ? Buah gajus ehh ?
ReplyDeleteBetul. 👍
DeleteSha kalau masak lemak ini memang tak banyak bubuh cili.. Tak lalu nanti nak makan.. Menarik pula bubuh jambu..
ReplyDeleteGuna apa yang ada kat sekeliling rumah. Nanti boleh cuba letak buah mempelam pulak. 😁
DeleteSaya sukaaa masakan masak lemak. 😍😍😍. Memang sedap apalagi kalo pedas.
ReplyDeleteTadi saya sempat masih bingung dengan jambu golok 😅. Tak pernah dengar. Atau bisa jadi istilah yg dipakai di sini berbeda. Akhirnya google dulu bentuk jambu golok, oalaaaah ternyata dia jambu monyet, di sini sebutnya begitu 😅.
Eh berarti yg dimasak itu daging buahnya ya bang? Bukan biji cashew nya itu kan? Baru tau pula jambu monyet atau jambu golok bisa di masak lemak. Selalunya hanya dibuat rujak di sini.
Jambu monyet? Pertama kali dengar ni. Kenapa dipanggil jambu monyet?
DeleteBiji tak makan. Makan isi buah. Biji tu boleh tanam. Jambu golok kat sini selalunya dibuat masak lemak atau dijadikan sayur.