Terbeli telur Didi & Friends.


Masa masuk pasar raya, aku plan nak cari jajan sikit. Bila masuk bahagian gula-gula dan coklat, ada terperasan pulak ada mainan telur Didi & Friends atau nama lainnya GH Baby Egg. GH tu tak silap aku nama company yang buat telur ni iaitu GH Food Industries Sdn Bhd.

Aku pun beli lah satu. Tak pernah aku jumpa telur ni. Selalu kalau telur macam ni, Kinder Joy je yang banyak tersusun kat rak tepi kaunter cashier. Aku beli yang Didi ni sebab curious nak tahu jugak apa yang ada kat dalam tu.





Harga telur ni RM3 seketul. Masa aku tengok kat rak tu, warna merah je ada. Aku cari jugak warna lain tapi tak jumpa. Mungkin hanya 1 je warna yang diorang guna. Dalam telur ni ada mainan dan jajan. Aku dapat stamp Pak Atan dan sepaket coklat-coklat kecik macam M&M tu.





Cantik tak stamp Pak Atan tu? Boleh guna untuk kasi cantik nota atau buku nota. Masa mula-mula aku stamp tu, dakwatnya pekat sampai tak nampak rupa Pak Atan. Tapi lepas stamp banyak-banyak, baru elok sikit rupanya.

Ingat pulak masa kecik-kecik dulu pernah beberapa kali habiskan duit beli telur kat mesin gashapon depan kedai runcit. Kumpul mainan Pokémon dan Digimon. Rasa macam nak pergi beli lagi telur Didi & Friends ni. Boleh kumpul koleksi barang diorang pulak. 😂

Post a Comment

4 Comments

  1. weyhh ini kalau si Kakak Syaura & Musleh tengok mmg berzikir mintak aku belikan! hahaha

    ReplyDelete
  2. Di sini juga banyak telur2 macam nih yg bukan kinder joy. Tapi tuh lah kdg saya ragu nak beli bang. Krn mahal juga, dan pernah lihat punya teman saya isinya macam tak berbaloi dengan harga 😂. Jadi tetap balik beli kinder joy. At least mahal tp coklat sedap dan makanan nya pun oke lah.

    Cuma kalo isi dalamnya stamp macam tu, saya pun jd tertarik 😄. Mungkin akan beli aneka rupa supaya bisa dapat stamp macam2 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada yang tak berbaloi beli. Untuk versi Didi ni, mainan dalam tu dah kira berbaloi.

      Delete