Beli lego bendera Malaysia kat Ecoshop.


Bila tiba bulan Ogos, terus rasa excited nak beli barang berkaitan bendera Malaysia atau Jalur Gemilang. Bulan lepas aku dah singgah Ecoshop beli bendera kain. Tepat 1 Ogos, aku gantung bendera tu kat tiang rumah.

Tadi singgah lagi kat Ecoshop. Nak beli barang baru. Aku nak cari lori mainan Ecoshop sempena merdeka. Tapi takde. Staff kata belum masuk dan mungkin lambat sikit.

Kesnya, kali ni ada masalah kat mainan tu. Masa awal-awal kemunculan lori tu, pembeli perasan yang jalur kat bendera Malaysia tak cukup.

Sumber sahih dari Facebook.

Jadi, katanya Ecoshop keluarkan notis supaya tarik balik semua lori tu. Mungkin nak tukar packaging atau betulkan semula bilangan jalur bendera. Tapi, macam ada je yang sempat beli sebelum ditarik balik. 😅

Aku plan nak beli tapi dah staff cakap tak masuk lagi. Tunggu je lah kan? Tak nak buang masa, aku pun usha lah apa yang menarik dalam Ecoshop tu.



Terjumpa pulak lego Jalur Gemilang. Antara item yang payah nak jumpa. Siapa yang kumpul mainan Ecoshop, pasti tahu. Kat Shopee ada yang jual sampai puluhan ringgit. Padahal harga asal RM2.40 je. Rezeki dapat beli kat sini.




Lego ni ada 14 jenis kesemuanya. Setiap negeri ada kecuali Wilayah Persekutuan. Entah kena WP takde lego aku pun tak tahu lah. Agak pelik. Staff tu tak sempat nak susun kat rak. Aku ambil beberapa kotak design Jalur Gemilang. Ada nak dibuat hiasan dan ada nak disimpan sebagai koleksi. Benda macam ni setahun sekali je muncul. 😆





Balik rumah, apa lagi. Aku pasang lah sekotak tu. Bagus betul siapa yang buat ni. Siap ada kertas manual cara nak pasang. Ingat nanti nak beli acrylic box untuk simpan bendera-bendera ni. Pastu pasang lampu mini kat bawah atap box. Baru cun kalau display macam tu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Macam lama sangat tak masuk eco shop nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus sebenarnya tak selalu masuk. Kang tak pepasal berbakul-bakul shopping. 😆

      Delete