Ceri kampung dah masak!


Sebelum ni aku pernah buat entri pasal pokok ceri kampung atau nama lainnya kerekup Siam. Baru je tadi aku perasan ada sebiji buah yang dah masak. Kira-kira 2 bulan lebih jugak lah masa untuk buahnya matang.


Masa masih kecil, buahnya warna hijau. Bila dah masak, buahnya berubah warna kepada merah. Buah ni memang banyak khasiat. Boleh baca kat entri aku yang lepas tu.

Bunganya warna putih.

Antara buah yang sedang membesar.

Sebiji buah yang dah matang.

Sekarang, banyak buah bergantungan kat pokok ni. Masih kecil dan hijau. Nanti beberapa minggu akan datang, meriah lah pokok ni dengan warna merah buahnya kat celahan daun tu. Agak-agak buah ni boleh buat jus tak?

Post a Comment

10 Comments

  1. Pokok nie bapak dah tebang.. Sebab banyak kerengga pulak... Hihihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Harap lepas ni terus lebat dengan buahnya. 😄

      Delete
  3. Ya ampuuuun buah kesukaan saat masih kecil 😍😍😍😍. Saya sukaaa sangat. Dulu sebutnya buah serry. Tapi pernah dimarahin mama krn makan ini, katanya buat sakit perut 😅. Jadi saya makan diam2 lah kebanyakan 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat sakit perut? Makan buah yang belum matang? Saya makan yang dah matang, setakat ni belum sakit perut.

      Delete
  4. Lama betul tak jumpa ceri Malaysia ni. Masa kecik panjat je pokok ceri nak makan buah nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ceri ni memang payah nak jumpa sekarang. Kalau dapat makan, dah kira beruntung tu.

      Delete