e-Invoice di AEON.


Beberapa minggu lepas, aku singgah masuk sebuah AEON kat KL. Masa nak bayar lepas ambil barang, aku pergi ke kaunter self-checkout sebab barang sikit je.

Lepas setel bayar, aku tunggu resit keluar. Aku selalunya perlukan resit sebab nak periksa pembelian sekali lagi. Risau terlebih atau tersalah scan.

Resit hanya ada QR code


Tapi yang keluar, satu kertas kecil yang ada QR code. Teringat pulak sebelum ni aku pernah baca info yang sekarang ni, e-Invoice mula digunakan secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024.

Tapi apakah tujuan sebenar penggunaan e-Invoice ni? Untuk kurangkan pembaziran kertas dan dakwat? Untuk mudahkan pembeli semak resit secara online tanpa ada had masa dan tanpa risau dakwat pada resit fizikal hilang? Atau untuk seiringkan kehidupan dengan teknologi digital yang kian berkembang?

Aku masih perlu resit fizikal


So far, bagi aku, benda ni agak melecehkan pada permulaannya. Resit bukannya benda penting untuk aku simpan selamanya. Tapi aku tersangat perlukan bila nak semak list barang yang aku beli. On the spot. Dengan berpandukan resit fizikal, dapat aku terus semak dengan cepat.

e-Invoice barang shopping aku.

Tapi sekarang, bila nak semak pembelian, terpaksa guna phone. Kalau line Internet elok, takpe lah. Kalau tak, terkial-kial nak bukak. Aku yang kategori belia ni pun rasa benda ni agak leceh, apatah lagi golongan yang berusia.

Sangkut kat security


Masa nak keluar market AEON, aku tengok ada beberapa family ni beratur. Sebab apa? Sebab security selalunya akan periksa resit dan barang, kemudian cop. Tapi aku perhati, security tu pun terkial-kial nak tengok list barang kat skrin dan periksa barang dalam troli family tu. Ingatkan nak bayar je kena beratur. Tapi nak keluar pun kena beratur jugak! Drag masa yang bagi aku, sangat tak praktikal.

Bersangka baik. Mungkin semua ni masih baru. Masih ramai yang tak boleh adept termasuk aku. Ye lah. Nak semak resit pembelian kat kedai fizikal pun kena tengok online. 😓

Kelebihan e-Invoice


Sebenarnya ada baiknya kewujudan e-Invoice ni. Bila fikir balik, aku memang nak sangat e-Invoice ni wujud. Kenapa? Meh aku cerita pengalaman aku.

Kisahnya masa nak beli komik Doraemon versi filem dalam kedai buku Popular. Komik ni ada banyak jilid. Aku lupa jilid apa yang aku dah beli. Jadi, aku pergi lah tanya staff kat situ. Boleh ke tak check rekod transaksi aku. Lagipun, aku guna member card masa beli dulu. Mungkin senang sikt nak trace.


Tapi malangya, diorang kata tak boleh trace. Aku pun dengan sedih dan kecewa, tak jadi beli. Dah lah bukan selalu aku masuk Popular tu. Nak pergi pun jauh.

Maka, dengan wujudnya e-Invoice ni, harapnya Popular dapat masukkan dalam sistem diorang. Link dengan akaun ahli. Nanti bila nak check aku beli buku apa, senang lah sikit.

Post a Comment

2 Comments

  1. oo.. gitu rupanya slip dari Aeon untuk upload e-invoice.
    Setakat ni shopping kat Pasaraya 99 masih ada resit biasa dan tertulis kalau nak request e-invoice ada link yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kedai yang masih guna resit biasa dan bawah tu ada QR code untuk scan. Mungkin nanti akan beransur-ansur jadi resit kecik macam AEON ni.

      Delete