Masa singgah sebuah kedai runcit dalam Alamanda nak beli surat khabar, terjumpa pulak kopi yang tengah dicari-cari oleh peminat Keluang Man sekarang ni. Tak pasti lah kopi ni dijual sempena filem Keluang Man yang Astro tengah buat atau tak.
Air tin ni keluaran Wonda. Kopi susu. Sedap rasanya. Tak pekat sangat dan tak cair sangat. Rasanya pun tak terlalu manis. Tapi sayang. Ni bukan kopi biasa. Ada tongkat ali. Kalau rasa tak boleh minum tongkat ali, elakkan minum. Simpan je tin buat koleksi. 😄
Kat kedai aku beli ni RM4.30 setin. Kedai lain tak tahu lah berapa harganya. Setakat aku cari kat pasar raya, belum jumpa lagi. Mungkin masuk kat kedai biasa lebih awal berbanding pasar raya.
6 Comments
Belum jumpa lagi. Lawa design di tin nya.
ReplyDeleteBetul. Bukan selalu ada tin macam ni.
Deletebelum jumpa lg...boleh buat koleksi..
ReplyDeleteHarus. 😃
Deletepandai wonda ambil kesempatan ;-)
ReplyDeleteKann. Laju je diorang buat kerja.
Delete