Masuk MPH Bookstores dalam The Exchange TRX.


Sabtu lepas, aku ada pergi MPH dalam mall The Exchange TRX kat KL. Saja je pergi sana sebab alang-alang ada kat Putrajaya, alangkah baik aku guna peluang ni masuk MPH.

Asalnya aku nak ke Cheras Leisure Mall. Tapi masa otw ke sana, train yang aku naik, stop kejap kat stesen TRX. Jadi, aku turun lah dulu kat TRX sebelum naik semula train untuk pergi Cheras tu.

Naik MRT


Aku ke sana dengan MRT. Lagi jimat berkali ganda. Hanya bayar RM6 untuk dapatkan pass harian naik train.

Dari stesen Putrajaya, aku terus direct ke stesen TRX. Perjalanan makan dalam 40 minit. Kematu jugak lah punggung duk kat kerusi plastik MRT tu.


Turun je dari stesen, aku just follow signboard untuk ke The Exchange TRX. Tak perlu jalan jauh sebab lepas je escalator luar train tu, akan terus jumpa pintu masuk mall.

MPH Bookstores yang premium


Aku terus lah ke MPH kat tingkat 2. Tak sempat nak jenguk butik apa yang ada dalam mall tu. Lagipun, bukan level aku nak shopping dalam mall maha kayangan ni. 😁


MPH sini sangat lah premium dan eksklusif dari segi susn atur dan penggunaan rak buku, majalah, alat tulis dan barang-barang lain. Lagi nampak mahal berbanding Kinokuniya walaupun buku-buku dalam MPH ni kebanyakan jenis biasa-biasa je.














Bahagian komik lokasinya kat bahagian hujung belakang sekali. Ada komik terbitan Gempakstarz, PTS, Komik-M dan beberapa penerbit lain. Aku pun pergi ke rak komik Gempakstarz. Boleh tabik spring jugak lah MPH ni sebab boleh tahan cepat komik terbaru masuk. Stok setiap komik pun banyak.

Tanda harga punya pasal


Tapi agak sayang. Sebab tanda harga setiap buku kat sini ditampal betul-betul pada kulit buku. Aku tak tahu lah ni memang polisi MPH atau tak. Sayang sebab tampalan ni boleh mengganggu kalau ada info penting belakang kulit buku tu.



Boleh cabut tanda harga tu. Tapi for sure akan rosakkan kulit buku kalau tak buat dengan cermat. Sebab selalunya kulit buku akan dilapisi dengan lapisan transparent nipis. Jadi, sticker tanda harga tu akan tarik sekali lapisan nipis tu.

Kedai-kedai buku lain yang aku pergi selalunya diorang akan tampal tanda harga bila buku dah balut atau seal dengan plastik. Jadi, takkan rosakkan kulit buku bila pembeli cabut tanda harga tu.

Aku plan nak borong beberapa buah komik. Tapi sebab tanda harga tu, tak jadi nak beli banyak. Beli sebuah je untuk buat kenang-kenangan datang MPH ni.

Dapat diskaun 10% bila jadi ahli


Masa nak bayar tu, staff tanya aku ada member tak? Member takde lah. Aku jalan-jalan sorang je pun. Monolog aku sendirian. Nasib baik aku ni tak lurus. Kalau tak, terpinga-pinga jugak lah nanti cari member tak jumpa. 😭

Kata staff tu, dia boleh tolong register. Just bagitau nama pendek, tarikh lahir dan nombor phone. Sekejap je prosesnya. Lepas siap, dapat lah aku harga lepas diskaun iaitu RM12.60.



Aku beli komik terbaru Zint ni. Komik Under 18: Spirit 02. Jilid pertama dah ada. Tu pun belum baca lagi. Aku memang gini. Beli awal-awal. Bila ada masa, baca. Kalau tak sempat, peram lah sampai jadi perkasam. 😌

Rehat dalam MPH


Dalam MPH ni ada meja dan kerusi untuk rehat atau lepak. Ala Borders. Boleh jugak baca buku (yang dah beli). Tapi takde lah aku nak lepak kat sini. Kebanyakan parents je yang teman anak-anak diorang main kat sini.



Aku datang sini hari minggu. Nak kata ramai masuk dalam MPH ni, tak jugak. Sedang-sedang je. Walaupun susun aturnya cukup eksklusif, tapi sebagai penggemar buku, aku agak payah nak cari rak buku yang aku nak beli macam komik dan novel BM.

Kena tengok sign board yang ada kat atas setiap rak. Kalau masuk Popular, senang nak jumpa. Sebab bahagian komik, diorang ada letak banner besar gedabak. Dari luar kedai dah boleh nampak. 😅

Post a Comment

10 Comments

  1. oo..ada pass harian MRT...cantik interior nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Jimat sikit nak jalan-jalan. Memang cantik dalam MPH ni.

      Delete
  2. mmg nmpk premium mph ni...sy lama x masuk mph sini sejak belum renew member.. popular je la pegi setiap bulan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Setakat ni saya prefer Popular. Banyak pilihan.

      Delete
  3. suka masuk sini rasa tenang je bla belek2 buku... hehe

    ReplyDelete
  4. Cantik MPH TRX ni, kalau dengan anak2 mau lama dalam ni.

    ReplyDelete
  5. Cantik TRX dan dah pergi dengan anak dah pun. Naik MRT Putrajaya tu memang direct ke sini.

    ReplyDelete