Setelah 16 hari berlangsung, tiba masanya Olimpik Paris melabuhkan tirai. Bermula dari 26 Julai hingga 11 Ogos 2024, Malaysia berjaya hadiahkan 2 pingat gangsa untuk temasya kali ni.
Jujurnya, pencapaian keseluruhan setiap sukan yang atlet kita join, bukan lah satu pencapaian terbaik kalau nak dibandingkan dengan Olimpik lepas. Tapi semangat setiap atlet dan penyokong untuk pastikan team Malaysia menang tu, lain macam.
Ada yang sokong, ada yang kecam. Ye lah. Bukan sikit kos yang kerajaan tanggung atlet kita kan? Harus lah peminat dan penyokong agak kecewa bila pencapaian yang diberikan tak capai expectaion. Tapi nak buat macam mana, setiap pertandingan ada menang, ada kalah. Bukan negara kita saja yang nak menang kan?
Cuma aku kesian kat Azizulhasni. Tak dapat teruskan acara keirin atas kesilapan masa awal game. Dah lah ni Olimpik terakhir dia sebelum bersara. 5 kali dah dia join Olimpik. Dah dikira otai. Selain dia dan Leong Mun Yee, mana ada atlet Malaysia yang mampu join sebanyak ni kan?
Yang menang dan berjaya pecah rekod sendiri, tahniah diucapkan. Yang kalah, jangan cepat putus asa. Usaha dan berlatih lah selama 4 tahun akan datang. Mana lah tahu boleh bagi pingat emas pertama negara kat Olimpik Los Angeles 2028 nanti kan?
10 Comments
Malaysia perlu cari pelapis baru. Masa untuk pelbagaikan sukan macam acara mendaki ke..
ReplyDeleteTepat. Banyak sebenarnya sukan yang tak makan modal.
DeleteSemangaaat untuk Malaysia 🎉. Semoga olympic selanjutnya bisa membawa emas, saya percaya ada banyak atlet berbakat di sana. Masih ada 4 THN untuk berlatih 👍
ReplyDeleteInsyaAllah ada. Harap ada atlet yang mampu genggam pingat emas Olimpik.
DeleteOlimpik kalini banyak benda yg agak terkilan sikit sebab result yg hampir sipi2 cthnya aniq kasdan dan shah firdaus. Memang bukan rezeki lah utk diorang. Azizulhasni tu memang sedih takyah cakaplah..
ReplyDeleteSemoga akan ada banyak pelapis baru utk LA28 nanti. Malaysia pun dah boleh start fokus sukan lain selain badminton dan basikal mcm mana yg indonesia buat
Bukan rezeki diorang kat situ. Tapi selagi diorang buat yang terbaik, pasti diorang akan berjaya. Olimpik bukan lah kayu ukur kejayaan atlet tapi sebagai pembakar semangat untuk diorang dan bakal atlet usaha bersungguh-sungguh dalam sukan.
Deleteya, betul..sokong semua cadangan2 diatas...acara breakdance tu yg x sangka ada..
ReplyDeleteYang tu tak sepatutnya masuk. Nampak main-main pulak. 😂
Deletekena tggu lg laaa nmpk nyaaa pingat emas sebutir niiii
ReplyDeleteDulu LCW hampir 3 kali bagi pingat emas. Nampak bukan rezeki kat situ.
Delete