Anime Karakuri Circus dan Dr. Stone di TV Okey.


Minggu lepas, tengah syok layan drama Korea Welcome to Waikiki kat Awesome TV, aku belek-belek lah channel lain masa tengah iklan. Aku perasan kat TV Okey ada cerita Karakuri Circus. Macam pernah dengar namanya.



Rupanya cerita Sarkas Karakuri. Dulu komiknya pernah diterbitkan dalam Bahasa Melayu oleh Comics House. Tak sangka pulak versi anime TV Okey tayang.

Lepas tu, hari Isnin malam tu, anime Dr. Stone pulak tayang. Lagi tak sangka sebab anime ni baru lagi tayang kat Jepun. Tahun lepas baru tamat musim ke-3 kat sana.



Aku sebenarnya pelik lah jugak. Sebab RTM lama sudah tak tayang anime. Dulu pernah dengar cakap-cakap yang anime tak boleh tayang sebab ada unsur yang tak baik. Tak sesuai untuk kanak-kanak.

Lepas tu, terus berkurang anime yang stesen TV free kat Malaysia ni tayang. Sampai lah satu masa tu, takde langsung anime.

Sekarang tak lagi. Jangan mudah percaya dengan cakap-cakap atau kajian dari luar yang mengatakan semua anime tak elok. Ada yang elok dan bermanfaat. Masa zaman sekolah, aku suka layan Doraemon dan Chibi Maruko Chan. Antara anime yang bagi aku, banyak pengajaran dalam kehidupan.

Anime Karakuri Circus dan Dr. Stone tayang 2 hari seminggu. Malam tau. Bukan siang. Entah kenapa buat malam aku pun tak tahu.

Anime Hari Masa Siaran TV
Karakuri Circus Sabtu dan Ahad 11.30 PM TV Okey
Dr. Stone Isnin dan Selasa 11.30 PM TV Okey

Kedua-dua anime ni versi Bahasa Jepun. Tapi ada sari kata Bahasa Melayu. Nasib baik ada sari kata BM tu. Kalau tak, memang terlopong lah nak faham apa yang berlaku dalam cerita tu. 😅

 P.S. Gambar kat entri ni aku screenshot guna phone masa bukak RTMKlik sebab TV takde fungsi screenshot. Nak snap gambar kat TV, macam tak cantik pulak.

Post a Comment

0 Comments