Asam pedas ikan pari hancing.


Antara pengalaman yang paling aku takkan lupakan. Aku ni jenis tak suka makan kat luar. Lagi-lagi kedai atau gerai makan. Sebab aku suka masak sendiri. Terjamin kebersihannya. Kalau makan kat luar pun, aku akan masuk restoran fast-food atau mana-mana kedai atau restoran yang ada CCTV.

Sebab? Kalau apa-apa jadi kat aku macam keracunan makanan atau terjumpa bendasing dalam makanan, senang nak sikit nak claim atau buat aduan. Bukti dah ada kan?

Kedai atas bukit


Hari tu, masa keluar makan kat sebuah kawasan gerai atas bukit ni, aku order lah asam pedas ikan pari. Niatnya nak makan asam pedas ayam tapi takde. Jadi, menu paling kena dengan tekak aku kat situ, asam pedas ikan pari je.

Asam pedas ni dihidangkan dalam sebuah clay pot. Excited lah sebab boleh tengok asam pedas tu menggelegak depan mata. Berasap. Aku ambil sudu untuk hirup kuahnya. Boleh tahan sedap.

Isi ikan bau hanyir


Lepas tu, aku cobek sikit isi ikan tu nak rasa. Hampeh! Hancing yang amat. Pernah rasa tak ikan ketuka bakar? Bila makan, terasa hancingnya kan? Macam tu lah rasanya dengan ikan pari ni. Menusuk hidung.

Ni bukan kali pertama aku makan asam pedas ikan pari. Tak pernah aku makan ikan pari yang hancing macam ni. Mulanya aku saspek tukang masak tu guna ikan ketuka. Sebab bau hancing ikan tu sebijik bau hancing ikan ketuka.

Tapi bila aku cari info online, ada yang kata ikan pari memang ada yang bau hanyir. Hanyir bila ikan tu tak segar atau ikan pari lama. Sampai hati kedai tu jual ikan hancing.

Spoil mood


Terus aku tak jadi makan ikan tu. Aku sempat hirup kuah je. Tu pun tak habis. Antara menu paling failed yang pernah aku makan kat kedai. Dalam hati aku, orang berniaga, dia sibuk nak berniaga. Tapi kualiti out.

Maka, malam tu, singgah lah aku restoran fast-food untuk beli ayam goreng. Walaupun terpaksa tunggu lama dek kebanjiran manusia, tapi berbaloi-baloi. 👍

Post a Comment

15 Comments

  1. Ikan pari jika tak dicuci dgn betul pun jadi hancing juga :(

    ReplyDelete
  2. Kalau pari minyak jarang bau hancing... sbb tu sy jarang nk mkn pari kt kedai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Bila hidu tak bau. Tapi bila makan, baru terasa hancingnya. 😥

      Delete
  3. pernah kena jugak..memang spoil mood and last la kann

    ReplyDelete
  4. Pernah juga kena, masa tu food review buffet ramadhan kat hotel, fuhh nsib baik media yg makan, kalau customer makan, mahu meroyan kt situ.. mmg spoil mood betul bila dapat makan ikan pari hancing..

    ReplyDelete
  5. Pernah beli pari elok je tapi bila dah siap masak hancing pula.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak cuci betul² memang akan bau hanyir dan hancing tu

    ReplyDelete
  7. Ikan pari ini dan ikan hiu cara membersihkannya memang ada teknik. 2 ikan ini banyak dimasak di daerah Tapanuli tengah, kampung saya. Jadi saya terbiasa dengan kuliner ikan pari dan ikan hiu. Mereka 1 saudara juga.

    Mama saya pun bagi tahu, ga sembarangan membersihkan ikan pari dan hiu. Krn kalo salah, akan bau amiiin sangat. Tapi kalo pandai mengolah dan membersihkan, memang sedap ❤️.

    Sayang kedai itu tak bisa menyajikan ikan pari yg sedap yaa. Padahal ini salah satu ikan favorit saya juga.

    ReplyDelete
  8. laa knape x pulangkan blk lauk tu? suh dia rasa. kalau betul, dah byr bleh minta refund.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waktu tu dah lewat malam. Kebanyakan kedai dah tutup. Tapi kalau berdebat dengan dia, rasa macam tak berbaloi. Akan ada alasan pelik yang diberi nanti.

      Delete