Bunga sulung pokok kecubung.


Hujung tahun lepas, aku ada beli benih pokok kecubung kat Shopee. Aku beli sebab terpesona tengok keunikan bunga pokok kecubung ni. Lain daripada yang lain. Ala trompet gitu.


Masuk bulan ke-9 yakni September ni, pokok kecubung ni mula hasilkan bunga pertamanya iaitu bunga sulung. Terkejut jugak aku masa tengok bunganya mekar.

Warnya bunga ni campuran putih dan ungu. Berbentuk trompet. Kat negara luar, pokok kecubung dipanggil angel's trumpet. Yang aku tanam ni masih kecik pokoknya. Kalau besar, lagi banyak bunganya akan muncul nanti.

Diambil pada 14 September.

Diambil pada 14 September.

Diambil pada 16 September.

Diambil pada 16 September.

Tapi awas! Pokok kecubung beracun. Lagi-lagi buahnya yag boleh buatkan pemakannya jadi halusinasi, sakit kepala dan boleh jugak sebabkan koma. Tapi selalunya yang tanam pokok kecubung ni hanya lah sekadar hiasan. Bukan untuk dimakan.

Walaupun beracun, pokok kecubung ada jugak kegunaannya dari segi kesihatan. Dikatakan daunnya boleh digunakan untuk rawat asma dan resdung dengan cara ambil 10 helai daunnya, hiris nipis dan jemur sampai kering. Jadikan hirisan daun yang kering tu sebagai pengganti tembakau. Balut dalam kulit jagung atau kertas putih untuk jadikan rokok. Boleh refer kat sini: KECUBUNG - TUMBUHAN BERACUN?

Anaknya baru nak membesar.

Sekarang baru sekuntum bunga yang muncul dengan mekar. Ada lagi yang bakal menyusul. Tapi kalau tengok saiznya, mungkin dalam masa sebulan baru jadi bunga.

Post a Comment

3 Comments

  1. Saya pernah baca juga kecubung itu bisa buat halusinasi. JD ternyata buahnya yaaa .. sama seperti efek dari opium yg di ekstrak dari bunga poppy saya rasa?

    Baru tahu bunga dia cantiiik 😍. Dan daunnya bisa JD pengganti rokok.

    ReplyDelete
  2. Cantik bunga kecubung ni. Warna yang rare dan rupa paras dia pun cantik. Pokok dia macam pokok terung kan. Tak silap buah dia macam berduri-duri versi lembut tapi.

    ReplyDelete
  3. dulu2 opah sy tanam yg kaler putih je..

    ReplyDelete