Bunga sulung pokok laki pukul bini.


Macam magik! Bayangkan bunga yang berubah warna dalam masa tak sampai 7 jam! Aku punya lah excited masa tengok bunga tu mekar. Maklum lah. Tak pernah benda mistik macam ni.

Pagi tadi masa aku duk kat laman rumah, aku perasan pokok yang aku tanam ni berbunga. Berbulan jugak lah aku tanam. Aku tanam dalam polibeg je.

Tapi yang peliknya, masa aku tengok pagi tu, warna bunga tu putih. Masuk tengah hari, warnanya bertukar kepada sedikit pink. Belah petang pulak masa aku keluar ke laman, bunga tu berubah terus warna kepada pink! Magik tak?

Pagi.

Tengah hari.

Petang.

Mungkin kena lah dengan namanya yang orang kita panggil iaitu pokok laki pukul bini. Kenapa pulak macam tu? Entah. Mungkin sebab lebam lepas kena pukul? Sampai putih jadi pink?

Sebenarnya nama saintifik pokok ni adalah Hibiscus mutabilis. Nama lain negara luar panggil pokok ni pulak adalah:
  • Confederate rose
  • Dixie rosemallow
  • Cotton rose
  • Cotton rosemallow

Pokok laki pukul bini ni cantik dan bukan sekadar boleh dijadikan hiasan. Banyak manfaatnya dari segi kesihatan. Dikatakan air rebusan bunganya yang kering dapat merawat masalah pernafasan.

Daunnya pulak mampu meredakan bengkak kat badan dengan cara tumbuk daun sampai hancur dan tampal kat tempat bengkak. Manakala air rebusan daunnya pulak dapat rawat batuk dan kahak. Boleh rujuk sini: Potensi Pokok Laki Pukul Bini dalam Perubatan untuk info lebih lanjut.


Sekarang baru sekuntum bunganya mekar. Kalau tengok kat pokok tu, akan ada lagi bunga yang akan mekar nanti. Tak sabar pulak aku nak ambil gambar masa bunga-bunganya mekar. 😆

Post a Comment

20 Comments

  1. Subhanallah ajaibnya ciptaan Allah SWT... Pernah tengok bunga ni tapi tak pernah tahu namanya. Tq BK share info 👍

    ReplyDelete
  2. Hibiscus ni kira keluarga bunga rayalah

    ReplyDelete
  3. Subhanallah, hebatnya ciptaan Allah. Unik betul tak pernah tau ada pokok yang bertukar warna dalam sehari.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...
    Betul2 magik nie... Tapi, tak pernah dengar lagi nama pokok bunga nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jumpa pokok ni. Mungkin sebab tu jarang dengar namanya.

      Delete
  5. Ganas betul namanya tak sepadan dengan bunga yang ayu gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang bertambah unik. Bunga dah elegan tapi namanya ganas.

      Delete
  6. Aduhai.. Nape lah nama dia cenggitu.. laki pukul bini hahaha..... Mistik juga boleh tukar tukar warna tu huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang mistik. Nama pun dah macam tu. 😂

      Delete
  7. ini first time ammi dengar nama bunga ni. mula2 ingat heading berita suratkhabar Metro hahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pasal. Entah siapa lah bagi nama macam ni.

      Delete
  8. Wow baru tau ada nama lain bunga raya ni. Menarik.

    ReplyDelete