Customize Blogger comment box.


Ada masa terluang sikit. Masa blogwalking, selain baca entri rakan-rakan blogger, aku suka tengok design blog diorang. Antara yang menarik perhatian aku, design comment box.

Dulu masa dunia Blogger meriah (tak silap tahun 2009 - 2012), macam-macam jenis design comment box yang ada. Siap ada background lagi. Dulu comment box boleh customize bagi cantik dan comel. Sekarang, majoriti blog yang aku singgah, comment box nya lebih kepada simple.

Sebab nak bagi comment box blog aku simple sikit dari yang asal, aku pun ubah lah apa yang patut. Aku ubah warna background dan tambah border sikit.

.comments .comments-content {
border: 1px solid #EEEEEE;
background-color: #FFFFFF; /* Background colour overall comment box */
}

.comments .comment-thread.inline-thread .comment {
background-color: #F9F9F9; /* Background colour behind the replies */
}

Nampak simple dan kemas lah sikit kan dari yang asal? Warna asal kelabu tu aku tukar jadi warna putih. Lepas tu, aku tambah border supaya nampak tersusun ruang comment box tu.

Sebelum ubah.

Selepas ubah.

Bukan apa, blog ni kalau lama tak godek coding, risau makin berkarat pulak otak ni nak kena belajar balik. Kalau sekali-sekala buat, takde lah hilang terus dalam ingatan kan?

Post a Comment

18 Comments

  1. Wahh rajin menggodek coding. Betul tu, kalau dah lama tak tengok macam berkarat otak ni nak berfikir. Terima kasih share.

    ReplyDelete
  2. Aah dah nampak kemas dan clean bila guna background putih.

    ReplyDelete
  3. Adui.. Linda lah nie.. Dulu rajen nak menggodek2.. Sekarang.. Nak cari masa BW dan up entry pun jenuh.. Takpe lah, kita ikot mana yang ada je.. Hihihi

    Tp, kalau tiba2 rajen.. Dah tau nak cari ilmu dekat mana.. Hihihi.. Thanks BK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja menggodek blog ni memang kena buat bila ada masa terluang. Kalau paksa, mau tak jadi nanti.

      Delete
  4. tu lah bila dtg mood rajin, Ana pun suka jugak godek-godek coding tp bila mood M dtg.... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena layankan mood M tu dulu. Nanti bila dah jemu, baru datang mood R. 😄

      Delete
  5. Uncle memang teringin nak buat benda2 ni... tapi apakan daya, Ilmu tak penuh di dada. Tengok code2 tu umpama tukus tengok besi. Jadi pakai lah templete yang sama dah beribu2 tahun lamanya... (sedih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun boleh. Asalkan template masih elok dan tak buat hal. Tengok template lama masa berblogging, teringat pulak masa mula-mula buat blog. Nostalgia.

      Delete
  6. Replies
    1. Jangan. Kalau silap langkah, hilang semua entri nanti. 😁

      Delete
  7. Wahh pandai coding ya... Amik kos sains computer ke dulu?

    Cuya pernah belajar programming dulu pastu pindah belajar dh tukar kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah ambil kos tu. Belajar sendiri je. Tutorial pun ada banyak.

      Delete
  8. kalau jenis ada kemahiran untuk edit...memang cantik la jadinya....saya jenis yang tahu pakai jer

    ReplyDelete