Jumpa Keith si pembuat Lawak Kampus.


Masa aku ada kat Putrajaya hari tu, sempat lah aku singgah IOI City Mall. Pagi tu memang plan pergi awal ke sana sebab nak beratur dapatkan tempat untuk mintak autograf Keith kat Popular Bookstore.

Popular dalam IOI ni memang acap kali buat event macam ni. Selalunya diorang akan bawak pelukis dari Gempakstarz untuk buat sesi autograf. Dulu Kaoru dan Xanseviera pernah datang tapi waktu tu aku tak sempat pergi kat sana.


Masa event Keith ni, aku datang dalam pukul 10 pagi lebih. Event start pukul 12 tengah hari. Kena datang awal sebab nak dapatkan poster limited edition Lawak Kampus sempena Olimpik. Hanya 10 orang terawal je yang dapat.


Nasib baik aku termasuk dalam 10 orang terawal tu. Maka, beratur lah aku kat situ menunggu giliran. Sebelum beratur tu, sempat lah aku pusing dalam Popular tu cari komik Lawak Kampus untuk Keith sign.


Dalam Popular cawangan ni banyak buku baru. Mana-mana buku yang Gempakstarz baru terbit, cepat je masuk. Untung lah siapa yang tinggal area sini.


Selain poster, aku pun dapat recycle bag, fridge magnet dan kain lap spek mata. Bukan senang nak dapat barang baik macam ni tau. Percuma pulak tu. 😆

Komik lain pun beli




Selain Lawak Kampus, aku menyempat lagi beli komik lain. Antaranya komik Stand by Me dan Helena & Encik Serigala. Beli siap-siap sementara masih ada diskaun sempena Comic Carnival 4.0 yang Popular buat ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. Dulu² rajin juga baca Lawak Kampus

    ReplyDelete
  2. Rezeki tu dapat jumpa pelukisnya. Saya tahu komiknya je. Pelukis tak kenal. Best layan komik ni. Mudah terhibur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jarang sebenarnya boleh jumpa pelukis komik. Kalau ada peluang macam ni, harus lah kena sauk. 🤣

      Delete
  3. masa dulu-dulu suka baca komik Lawak Kampus...ketika itu tiada telefon bimbit dan laptop...masa banyak untuk membaca buku dan komik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik sekarang boleh jadi terapi untuk elakkan daripada kebergantungan 100% kepada phone dan laptop. 😄

      Delete
  4. JD penasaran nak baca komiknya 😍. Nanti saya cari lah kalo ke KL. Biasa memang selalu mampir ke popular utk beli novel Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai buku serata Malaysia kebanyakan jual Lawak Kampus. Dalam Shopee pun ada. Cuba check kalau-kalau ada dijual kat sana.

      Delete
  5. sy dah penah jumpa semua penulis/ilust di atas kec xanseviera. dia ni bz betul lps jd lecturer kata kwn sy laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu ada je dia pergi Popular IOI dengan Kaoru. Selalunya pelukis komik yang payah nak jumpa macam tu lah. Busy dengan tugas hakiki.

      Delete