Lori ECO Wheelly Collection versi Papa Pipi 2024.


Selain lori versi merdeka dan Deepavali yang dijual lebih kurang dalam waktu yang sama tahun ni, Ecoshop jugak ada jual lori versi Papa Pipi, salah satu animasi ciptaan Animonsta Studios.

Mulanya Ecoshop jual lori Papa Pipi warna oren dalam bulan Ogos. Awal bulan September pulak, muncul lori Box Truck warna pink. Tak lama lepas tu, muncul lagi 3 lori iaitu Prime Mover warna pink dan lori warna ungu.




Kalau ikutkan list yang ada orang post, lori Papa Pipi ada 6 kesemuanya. Kalau tengok gambar tu, kesemua 6 adalah versi Box Truck. Warna pun ada yang tak sama dengan yang dijual sekarang (ada kuning dan merah).


Tapi bila tengok code, kesemua 6 lori yang ada kat Ecoshop sekarang ni, match dengan lori dalam list tu. Jadi, mana lori kuning dan merah? Entah. Mungkin takde pun warna kuning atau merah. Kesilapan teknikal mungkin?







Kalau macam tu, maka lengkap lah kesemua 6 ketul lori versi Papa Papi 2024. Masa aku pergi Ecoshop hari tu, kebetulan waktu tu stok masuk. Staff tak sempat display pun lagi. Terus lah aku beli untuk lengkapkan koleksi lori Papa Pipi ni.

Silap cetak. Sepatutnya Animonsta, bukan Animosta.

Untuk info, ni merupakan kali kedua Ecoshop buat kerjasama dengan company luar. Lama dulu masa lori Ecoshop tak popular sangat, diorang pernah buat kerjasama dengan Mamee Monster.


Ada 4 ketul lori yang diorang jual untuk versi Mamee Monster ni. Kesemuanya warna merah. Aku pernah beli waktu mula-mula dijual. Tapi entah aku simpan kat mana, tak ingat pulak. 😅

Post a Comment

1 Comments