Mangga Irwin dah boleh makan.


Dulu aku ada buat entri pasal mangga Irwin. Ada beberapa biji buah yang tergantung elok kat pokok. Warna kat pokok hari tu masih hijau merah. Kalu dah masak, warna ungu.

Tapi sayang buah tu tak masak dengan elok. Kena peram. Aku pun mengharap lah kat buah lain. Sebab kat situ, ada 4 biji buah semuanya.


Tunggu punya tunggu, 2 buah lagi dah rosak. Digigit serangga kot. Sebab dalam tu ada macam kesan hitam-hitam. Nak makan pun tak lalu.

Maka, tinggal lah seketul yang elok. Tu pun aku terus ambil kat pokok. Risau kalau dibiarkan lama-lama, rosak pulak nanti.

Masa putik. Yang ni rosak bila dah besar.

Hampir masak. Yang ni elok, aku peram.

Yang aku petik ni belum masak sepenuhnya. Kena peram dalam beberapa hari. Aku peram dalam 3 hari. Tak boleh lama-lama. Nanti isinya mudah rosak. Maklum lah. Tanam secara organik. Takde racun serangga digunakan.


Rasa isi mangga Irwin ni manis. Lagi manis dari rasa mangga harum manis Kemboja yang ada kat laman rumah aku ni. Isinya pun berlemak. Mangga yang sedap. Manisnya tu aku kategorikan sebagai tersangat manis. Kalau buat air sangat sedap.

Post a Comment

14 Comments

  1. Oh di sana sebutnya mangga Irwin yaa. Di sini ternyata disebut mangga gedong gincu. Gincu itu maknanya lipstik. Mungkin Krn kulitnya kemerahan bagai pakai lipstik 😄. Memang maniiiis sangat kalo matang sempurna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti mangga sama atau tak. Sebab Irwin ni warna kulitnya ungu bila dah matang.

      Delete
  2. br tau mangga irwin namanya... asalkan mangga mmg favourite la.. yg muda tu la paling suka... cicah kicap gula belacan

    ReplyDelete
  3. lemak manis kan mangga ni kalau masak sangat pun tak sedap sedang moleh dah tu, Alhamdulillah merasa juga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Masak sangat tak sedap. Kena sedang-sedang.

      Delete
  4. First time tau namanya magga irwin. Susah nak jumpa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasar atau pasar raya setakat ni saya belum jumpa. Mungkin tak ramai yang tanam atau tak dikomersialkan.

      Delete
  5. Replies
    1. Setakat saya makan tu, takde. Lembut je isinya.

      Delete
  6. wah untung dapat tanam sendiri mangga Irwin tersebut...nama pun agak unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki dapat makan fresh dari pokok.

      Delete