Masa singgah pasar raya nak cari mainan Ejen Ali, aku masuk lah bahagian roti. Macam biasa lah. Terlalu banyak pilihan roti dalam pasar raya. Mana-mana pun sama kot.
Aku cuba cari barang baru. Ternampak seketul kek bulat perisa coklat. Macam menarik. Kedai runcit yang selalu aku singgah belum ada jual. Aku tengok jenamanya. Yami. Jarang dengar. Mungkin sebab ni kot tak masuk kat kedai tu.
Jenama Yami
Yami ni jenama kek yang pernah aku beli lama dulu. Aku pernah buat review. Kek span yang aku jumpa dalam MR. DIY. Sedap dan lembut. Lepas makan tu, aku repeat order. 😄
Syarikat yang buat kek ni Yamazaki Seiga. Based kat Malaysia. Lebih tepatnya kat Muar, Johor. Tak pasti kenapa nama syarikat ni Jepun. Mungkin ownernya orang Jepun?
Selain kedai fizikal, kek ni jugak boleh dibeli secara online. Kat Shopee ada kedai rasmi diorang. Harga pun murah sikit berbanding kat kedai fizikal.
Molten Cream Cake perisa coklat
Kek ni harganya RM3.00 seketul. Bagi aku, tak murah tapi tak mahal sangat. Sebab saiz kek ni agak besar dari kebiasaan kek mini. Kalau makan seketul ni, confirm kenyang.
Bau kek ni takde bau yang spesifik. Bau coklat biasa. Cuma yang menariknya kek ni, kat tengah-tengah tu ada krim. Selalu roti je kan yang ada krim kat tengah. Kali ni, kek pun ada jugak.
Kek ni memang lembut. Bila makan, terasa cair kat lidah. Rasa coklat tu aku kategorikan sebagai coklat yang tak muak. Boleh makan sampai habis seketul ni tanpa rasa nak muntah. Entah. Mungkin diorang guna coklat mahal.
8 Comments
Jarang² nak ada kek yang ada filling cream dalam kek
ReplyDeleteBetul tu. Jarang sangat nak jumpa.
DeleteWaah saya bayangkan ini makin sedap kalo dimakan dingin, setelah masuk chiller 😍😍
ReplyDeleteTapi kalau sejukkan, krim dalam kek pasti keras. 😅
Deleteada flavor coklat je ke?
ReplyDeleteBanyak. Cuma perisa coklat ni yang nampak paling menyerlah.
DeleteTengok rupa paras nampak spongy lembut. Best ada filling tu. Saya jarang nak cuba roti baru. Kalau viral dan ramai cakap sedap tu mungkinlah akan cuba. Tapi tak pernah nampak lagi roti ni.
ReplyDeleteRoti ni pemalu kot. Agak payah nak jumpa. Even 7e pun saya tak pernah nampak roti ni.
Delete