MPH Bookstores Alamanda dibuka semula?


Dulu masa aku singgah Alamanda, aku suka masuk dalam MPH. Sebab sini tak ramai orang. Entah orang sini kurang baca buku, aku tak tahu lah.


Mungkin sebab kurang orang, MPH tutup masa tahun 2022. Mungkin lah. Aku tak pasti sebab sebenar. Lama jugak menyepi. Sampai lah ada sebuah kedai buku ni yang diberi nama Twigs Bookshop muncul.




Beberapa kali jugak lah aku masuk dalam Twigs. Aku ingat lagi masa tu aku beli komik terbitan Komik-M kat situ awal tahun 2023. Beli pun sebab nak kumpul sticker limited edition.

Twigs buka, Twigs tutup


Tapi Twigs tu kejap je. Beberapa bulan lepas tu, tutup. Diganti dengan kedai Sox World. Aku pun makin pelik. Asyik tutup je kedai buku dalam Alamanda ni. Dah kenapa? Terkena sumpahan sesiapa ke?


Aku tanya staff kat kaunter customer service. Katanya Twigs tu hanya lah kedai sementara. Temporary. Bila kontrak tamat, kedai lain ganti. Ha. Macam tu lah fahaman aku.

MPH dah buka?


Baru hari tu aku singgah lagi Alamanda. Ada tampalan kat dinding yang menyatakan MPH Bookstores bakal dibuka aka Opening Soon. Kenapa bukan Re-opening Soon? 😁


Masa aku tanya tu, staff customer service cakap yang MPH akan dibuka hujung Ogos. Dan bila aku tengok dalam FB, MPH ada buat book fair pada 23 Ogos hingga 1 September. Kalau dah ada book fair tu, kemungkinan besar kedai MPH dalam Alamanda tu dah beroperasi semula.

Post a Comment

1 Comments