Nabati perisa Kpop ENHYPEN @ goguma.


Masa masuk AEON, aku pergi lah kat area jajan. Nak cari Mamee Monster. Masa usha jajan baru yang ada kat situ, aku ternampak lah Nabati warna ungu. Tak pernah wujud pun sebelum ni.

Rupa-rupanya, Nabati buat kolaborasi dengan artis Kpop iaitu ENHYPEN. Ada beberapa jenis produk Nabati yang terlibat dalam promo ni. Aku sempat beli versi Wafer, Big Roll's dan Ahh'.



Rasa Nabati yang aku beli tu lebih kurang sama je. Manis. Rasa jugak goguma atau ubi keledek ungu. Sebab tu lah kot packaging Nabati x ENHYPEN ni warna ungu.

Lepas tu, masa singgah Pasaraya Pantai Timor, jumpa jugak Nabati goguma. Dari jauh dah nampak menarik dengan timbunan pek Nabati kat tempat promo tu.



Tapi aku tengok, tak ramai pun yang singgah situ atau beli. Aku sorang je macam excited bila tengok promo macam ni. Bagi aku, promo yang jarang muncul macam ni, harus lah kena cuba.

Masa masuk sebuah lagi pasar raya, tak nampak pulak promo Nabati goguma ni. Yang ada pun, hanya kat rak terselit jauh dari pandangan. Mungkin pasar raya ni tak buat promosi macam pasar raya lain.


Aku nampak versi loose kat rak tu. Aku pun beli lah 2 ketul. Nabati versi Wafer. Buat raso-raso. Nak beli banyak, tak termakan nanti. Aku tak minat sangat Nabati Wafer ni sebab bila makan, senang bersepah dengan cebisannya serata tempat.


Tak lupa jugak, aku sempat mintak kat staff nak banner kertas yang ada kat situ. Nak buat kenangan. Lawa pulak warnanya. Mujur staff tu bagi sebab ada banyak banner tergantung kat situ. Nak mintak poster, macam tak boleh sebab ada seketul je setiap jenis poster tu. 😂

Post a Comment

0 Comments