Nasi goreng telur mata.


Bila malam dah takde apa nak makan, maka masak lah aku guna bahan yang ada kat dapur. Buat nasi goreng sebab tak nak makan berat sangat tapi dalam masa sama, perut lapar.

Ada telur mata sekali. Teringat pulak masa belajar kat uni dulu-dulu. Kalau beli nasi goreng, mesti akan beli sekali telur mata. Pelengkap juadah gitu.


Kali ni takde resepi special pun. Bahan pun biasa-biasa je iaitu nasi putih, bawang putih, cili dan ikan bilis tumbuk. Aku suka ikan bilis tumbuk sebab lagi best rasa nasi goreng tu. 😄

Post a Comment

0 Comments