Penampakan green metallic jewel bug di tepi rumah.


Masa nak siram pokok cili tepi rumah dengan air basuhan isi ikan, aku kuis-kuis lah tanah dan rumput sekeliling tu. Nampak agak semak dengan rumput liar.

Entah dari mana. Muncul makhluk kecil yang cantik sangat warnanya. Sekali tengok macam ladybug. Sekali lagi tengok, bukan. Bentuk seakan sama tapi warna lain.

Warna makhluk cinonet ni seakan warna yang timbul bila minyak petrol atau diesel yang tumpah kat jalan sambil disinari mentari. Aku pun search lah info pasal makhluk ni.



Namanya green metallic jewel bug. Katanya ni spesies rare. Jarang jumpa. Makhluk ni boleh membesar lagi. Yang aku jumpa ni mungkin fasa kanak-kanak. Kalau dah besar, saiznya akan jadi lebih panjang, bukan bulat.

Tak tahu macam mana makhluk ni boleh ada kat sini. Datang singgah atau memang membiak kat kawasan ni? Tadi sempat lah aku duk pegang-pegang. Jinak. Kalau ladybug, pegang kejap je terus terbang. Tapi jewel bug ni tak. Setakat aku pegang, takde pulak makhluk ni meronta nak terbang. 😅

Post a Comment

10 Comments

  1. Kalau ikut kekuatan mata uncle... harus terlepas pandang ni.... halus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kalau tak siram pokok, memang takkan nampak.

      Delete
  2. Wow sangat warnanya. Kalau spesis rare, memang susahlah nak jumpa. Tak pernah nampak lagi ni. Kira bertuah lah dapat tengok dia ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau tak jumpa, saya tak tahu jugak ni spesis apa.

      Delete
  3. Aisssh memang cantiiik warna dia 😍😍😍😍. Harap2 dia tak merusak tanaman .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pasal tu. Harap bukan kumbang perosak lah. 😓

      Delete