Salam Maulidur Rasul 1446H. Al-Falah Pemacu Malaysia Madani.


Hari ni hari Isnin, 12 Rabiulawal 1446H. Hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Hari ni jugak 16 September 2024 yang merupakan Hari Malaysia ke-61.

Sambut serentak


Sambutannya diadakan serentak pada hari yang sama. Kalau kat kawasan rumah aku, selain majlis maulid Nabi, ada jugak orang kampung yang buat majlis kenduri nikah dan ada jugak yang buat majlis tahlil untuk keluarga dan saudara-mara yang telah tiada.

Kat masjid kampung aku, diorang dah buat majlis maulid Nabi 2 minggu lepas. Lepas solat Jumaat, selawat dan ada jamuan makan-makan kat tepi masjid.

Majlis makan-makan


Hari ni pulak ada 2 buah rumah yang buat majlis. Sebuah rumah buat kenduri sempena nikah anaknya. Sebuah rumah lagi buat majlis maulid Nabi dan tahlil keluarga dan saudara-mara.

Aku sempat pergi kat kenduri kahwin je. Sebab dekat. Jalan kaki dah sampai. Tu pun nasib baik pergi awal. Kalau tak, berhambat dengan hujan lah.

Sekarang cuaca tak menentu. Rasa macam panas tapi tetiba hujan. Lebat pulak tu. Harapnya kenduri kahwin tu berjalan lancar lah. Masa aku tengah tulis ni pun masih ada lagi tetamu yang datang.

Lauk kampung yang sedap


Siang ni memang aku tak masak lah kat rumah. Kenyang makan kat kenduri tadi je. Ada lauk ayam masak merah, gulai daging, acar timun, ikan rebus goreng dan sayur apa entah tak tahu aku.

Selain tu, ada jugak manisan macam kuih apam coklat, pau kelapa dan bubur hitam. Tak pasti bubur kacang atau pulut apa sebab aku tak ambil pun tadi.

Air macam biasa lah. Ada air sirap dan oren. Mungkin Sunquick. Aku minum air sirap je tadi. Alhamdulillah kenyang siang ni. Kalau lapar, malam nanti kena masak lah.

Post a Comment

10 Comments

  1. salam maulidur rasul
    byk kenduri hari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul 2024.

      Betul. Rezeki tu. 😄

      Delete
  2. Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan terpuji yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Semoga kita terus meneladani akhlak baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Selawat dan salam ke atas baginda, semoga kecintaan kita kepada Rasulullah semakin mendalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Maulidur Rasul 2024.

      Terima kasih atas perkongsian.

      Delete
  3. Salam Maulidur Rasul.
    Banyak aktiviti hari cuti ni kan. Teringat pula kenangan zaman sekolah berarak sambil berselawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu memang best. Sekeliling kampung cikgu bawak pusing sambil pegang sepanduk.

      Delete
  4. Di sana maulid nabi banyak kenduri. Di sini maulid nabi jammed paraaah, sampai ada yg meninggal gara2 ambulance tak bisa lewat. Stuck. 😔

    Apapun semoga maulid nabi bisa menambah rasa cinta kita semua kepada Baginda rasul Saw ☺️

    ReplyDelete