Sanggup borong Susu UHT Marigold demi Ejen Ali.


Tak lama dulu, Vitagen ada buat kolaborasi dengan Ejen Ali. Pembelian RM15 ke atas, dapat seketul figurine. Kali ni, Marigold pulak buat collab dengan Ejen Ali.

Setiap pembelian 2 kotak susu UHT, akan dapat seketul Kiub Rubix Ejen Ali secara percuma. Apa lagi, excited lah aku nak beli. Bukan senang nak dapat. Official merchandise Ejen Ali sendiri pun takde benda macam ni.



Tak semua pasar raya yang terlibat dalam promosi ni. Tepatnya, tak banyak kedai pun yang terlibat. Kebanyakan pasar raya yang terlibat hanya lah pasar raya yang agak kecil dan tak banyak cawangan dalam Malaysia berbanding pasar raya besar yang lain macam Mydin dan AEON.



Kalau ikutkan, promo ni dah tamat masa 31 Ogos hari tu. Tapi mungkin sesetengah pasar raya tu, stok Kiub Rubix ni masih ada. Jadi, mungkin promo ni terus bersambung sampai lah stok habis.

Aku beli 4 kotak air susu. Dapat lah 2 ketul Kiub Rubix. Seketul aku bukak plastik untuk main (padahal tak reti pun). Seketul lagi simpan buat perkasam.



Tak lupa jugak, aku siap mintak dengan staff kat situ nak kertas iklan Kuib Rubix Ejen Ali ni. Nak simpan buat kenangan. Terpaksa tebalkan muka. Nasib baik staff tu bagi walaupun nampak garang orangnya. Maceh akak! 😅


Susu perisa coklat sangat lah sedap. Sebijik rasa macam susu coklat masa zaman sekolah rendah dulu-dulu. Susu yang diberi percuma tu. Ni aku baru habis minum segelas. Nanti boleh tambah lagi. Agak-agak kalau minum sekotak besar ni terus, perut meragam tak?

Post a Comment

10 Comments

  1. Lawanya cube ajen ali tu. Kalau marigold ni saya suka yogurt dia. Susu jarang minum, tpi rasanya coklat lagi sedap dari putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yoghurt Marigold tak pernah makan walaupun selalu nampak. 😄

      Betul. Susu coklat lagi sedap.

      Delete
  2. Itulah tertarik untuk dapat kiub Rubik. Beli di mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat pasar raya yang terlibat. Boleh tengok dalam gambar kat atas. Ada senarai pasar raya.

      Delete
  3. Fuhh merchandise kiub rubik tue .. memang limited edition laaa ..rare !

    ReplyDelete
  4. Menarik hadiahnya. Saya sukaa main rubik walo tak pandai 😄😄. Susu yg harus dibeli pun tak banyak utk mendapatkan rubik yaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang menarik. Tak perlu spend duit banyak untuk dapat hadiah macam ni. 😆

      Delete
  5. puas laa main rubik dgn agent ali lps ni😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je ni. Nanti masuk lah ia dalam bekas simpanan. 😆

      Delete