Selamat Hari Merdeka 2024 dan kisah lori Ecoshop versi merdeka 2024.


Rasanya masih belum terlambat lagi untuk meraikan hari yang cukup bersejarah iaitu Hari Kebangsaan atau Hari Merdeka negara kita iaitu 31 Ogos 1957. Masuk tahun ni, dah 67 tahun Malaysia merdeka.

Sambutan di Putrajaya


Masa sambutan merdeka tu, aku ada kat sekitar Putrajaya. Tapi aku tak pergi pun. Nak pergi masa raptai, tak sempat. Hari kejadian tu, memang aku tak pergi lah. Sebab dah tahu ramai yang bersesak datang sana. Bukan orang dari Putrajaya je yang ada. Yang datang lebih jauh dari tu pun ada.

Rumah Opah diorang bawak berarak.

Untuk elakkan kesesakan fizikal dan minda, aku tengok lah perarakan apa semua tu kat TV dan medsos. Tu pun dah seronok. Lepas habis event, boleh duk relaks kat rumah.

Lori Ecoshop tanpa kad


Catat sejarah buat julung kalinya. Merdeka 2024, lori Ecoshop dijual tanpa kad seperti kebiasannya. Hanya dibungkus semula dalam plastik lutsinar dan ditampal sticker kat depan plastik.

Dalam plastik je. Sedih.

Masa aku scroll FB, ramai jugak yang pelik kenapa kali ni Ecoshop jual macam tu. Sebelum ni aku dah pernah info dalam entri lepas. Pasal lori Ecoshop yang ditarik balik penjualannya serta-merta.

Jalur tak cukup


Kesnya, masa awal-awal jualan tu, ada lah beberapa orang pembeli ni yang upload gambar lori Ecoshop versi merdeka 2024. Ada gambar bendera Malaysia kat kad lori tu. Tapi jalur bendera tu tak cukup.

Entri: Beli lego bendera Malaysia kat Ecoshop.

Untuk elakkan kesan buruk yang lagi besar pada masa akan datang, Ecoshop serta-merta tarik balik semua lori tu dari dijual kat kedai. Yang dah terjual tu, dah tak boleh buat apa.

Peminat kecewa


Cuma yang tak best nya, bila lori tu dijual semula, kad yang biasa digunakan bersama lori tu takde. Diganti dengan plastik lutsinar. Aku pun kecewa jugak sebenarnya. Kenapa lah Ecoshop tak tampal je sticker gambar bendera yang betul kat atas bendera lama tu?

Bila difikirkan balik, bahaya jugak kalau buat macam tu. Nanti ada yang gatal tangan cabut sticker dan tabur fitnah kononnya Ecoshop sengaja buat bendera Malaysia kurang jalur.

Langkah terbaik, lupuskan kad yang ada gambar bendera tak cukup jalur tu. Tapi mungkin tak cukup masa nak buat kad baru. Maka, diorang bungkus dalam plastik je.

Post a Comment

12 Comments

  1. Selamat Hari Merdeka 🇲🇾
    PH pun tengok perarakan di TV je...

    ReplyDelete
  2. mmg tgk kt tv lg syok sbb sambil landing atas katil or sofa ...tk brp gigih nk bersesak2 tgk secara live perarakan hari merdeka

    ReplyDelete
  3. owh ada isu juga dengan lori eco shop rupanya ermm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Yang ni first time. Harap lepas ni team QC diorang lebih berhati-hati.

      Delete
  4. BK dapat beli collection lori versi merdeka lahh yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat. Sekarang ni pun masih banyak Ecoshop jual. Cuma terkilan lah sebab tak dapat beli yang ada kad.

      Delete
  5. Oh ic.... JD Krn masalah jalur benderanya itu yaa bang.. kuatir pula mereka akan bermasalah nantinya yaa.

    Tp menurut saya masih terlihat bagus walo pakai plastik lutsinar.. anak saya pasti suka mainan lori begini

    Kita sama. saya prefer menonton pawai kemerdekaan dr tv di rumah. Tak suka memang harus desak2an dengan orang ramai di luar. Kepala saya pening kalo berada di tempat ramai 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin betul tindakan Ecoshop tu kan? Kalau tak, pasti timbul masalah lain nanti. Silap-silap kena saman.

      Tonton kat rumah lagi best pendapat saya. Dapat tengok dengan jelas pertunjukan dan perarakan merdeka.

      Delete
  6. diapa laa yg design bendera tu ya? jgn smpi kena pecat udah lerr... tp tu ttp libatkan kos syarikat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang pelik bin ajaib. Macam tak logik pulak takde staff Malaysia yang check design tu sebelum diberi kepada kilang untuk cetak. 😲

      Delete