Sebab lama dah tak membaja, kebanyakan pokok cili yang aku tanam agak malas nak keluarkan buah. Kalau ada pun, saiznya tak sebesar waktu aku gigih membaja.
Bukan apa, sekarang tengah panas terik. Nak elakkan pokok cili rosak dek baja dan air yang kurang, aku pun kurangkan lah aktiviti membaja dan siram air secukupnya.
Malangnya, kesan dari kurang membaja tu, cili yang ada tak membesar dengan betul. Ada yang kecik dan daun pokok menguning. Bila jadi macam ni, agak payah pokok cili nak bagi buah yang berkualiti.
Dalam ni ada cili merah Thai, cili jambak putih dan cili burung. |
Dalam ni pulak ada cili jambak putih, cili putih panjang dan cili merah Thai. |
Maka, terpaksa lah tuai hasil pokok cili yang tak semenggah dulu. Tapi takpe lah. Mungkin ni je kot rezeki yang Allah nak bagi setakat ni. Ni pun dah kira banyak. Cukup lah sebulan makan. Lepas ni, kena rajinkan diri membaja tiap-tiap minggu. 😅
12 Comments
Banyak juga hasil petikan cili tu. Dapat juga buat lauk tumis-tumis ni. Bertambah sedap masakan guna cili fresh from pokok. Cili putih tu pedas ke? Susah juga nak jaga pokok cili ni kan. Terlebih terkurang ari dan baja, lain pula jadinya.
ReplyDeleteCili putih tak berapa pedas. Tapi rasanya cukup rangup. Saya suka taruk dalam nasi goreng. Bila tergigit cili, rasa sedap je.
DeleteAmbil cili letak kicap, makan dengan mangga muda. Sedap tu..
ReplyDeleteMusim mangga dah habis. Kalau tak, boleh cuba.
DeleteMacam2 cili ada
ReplyDeleteTanam suka-suka Wak.
DeleteAt least ada yg menjadi bang. Saya mati semua dengan tanaman sekali 🤣🤣. Dimakan hama.
ReplyDeleteHama memang tak boleh buat apa dah. Sebab makhluk tu sentiasa muncul. Nak hapuskan, kena selalu spray daun dan batang pokok dengan campuran air bawang putih dan cili.
Deletex pe laa at least dpt hasil.sikit. lps dah tu tom yam seperiuk😀✌️
ReplyDeleteNi dah lebih seperiuk ni. 😂
DeleteBeraneka jenis cili .. seronok laa dapat tuai hasil tanaman yg kita tanam .semua segar²
ReplyDeleteMemang seronok. Lagi-lagi bila kita tahu yang cili ditanam tu tanpa sebarang racun kimia.
Delete