Hari tu aku masuk Ecoshop. Jarang aku beli air minum. Tapi hari tu ternampak pulak air tin coklat. Ada gambar pelumba basikal negara kita iaitu Azizulhasni.
Aku jarang sangat minum air Oligo. Dulu beli pun kes takde pilihan. Sebab Oligo yang aku tahu, rasa coklat kureng. Tak padu rasanya.
Balik rumah, aku basuh tin tu dengan air sabun. Bukan apa, masa aku tengok atas tin kat Ecoshop tu, penuh dengan debu. Mungkin lama duk kat rak tu.
Lepas tu, aku pun cuba lah rasa air coklat Oligo ni. Masih kureng rasanya. Tak cukup padu. Mulanya aku minum terus. Kurang pekat airnya kalau nak banding dengan Milo.
Baki air coklat tu, aku masukkan dalam cawan dan taruk ais. Bagi sejuk. Walaupun rasanya tak sehebat jenama lain, air coklat Oligo ni pasti ada peminatnya tersendiri.
Gambar kat tin tu tak sama. Sebab ada 2 variasi. Dan mungkin jugak khasiat yang berbeza. Tapi ikut tekak aku, rasa isinya masih sama kedua-dua tu. 😅
6 Comments
Kalau tengah haus, cuaca panas, dapat yang letak ais tu, sedap aje
ReplyDeleteKalau haus memang tak tengok lain dah. 😄
DeleteMilo itu memang tak ada tandingan..paling sedap 👍👍. Kalopun ada yg sedap, palingan hanya Cadbury hot choco. Tp harga dia lebih mahal dr Milo 😅
ReplyDeleteBetul tu. Yang Cadbury memang sedap. Rasa coklat tu sangat premium. Tapi itu lah. Mahal sikit harganya.
Deleteprnah rs oligo ni yg tester je. pd tekak sy coklat dia pejat. tp x tau laa kalau yg utk dijual mcm mn rs nya
ReplyDeletePejat tu apa? 😓
DeleteBagi saya, Oligo ni rasa coklat tu kureng. Macam tak cukup sesuatu dalam tu.