Anime Salaryman's Club kat TV Okey.


Serius. Aku saspek team TV Okey yang sekarang ni, mesti minat anime. Bukan apa, setakat ni, semua anime yang ditayang waktu malam kat TV Okey, antara anime baru dan popular.


Kalau diorang tak minat anime, harus takkan tayang anime macam tu. Dan kesemua anime tu dalam kategori Shounen yakni anime yang target peminat-peminat lelaki.


Minggu lepas aku ada info pasal anime Karakuri Circus dan Dr. Stone. Entah tetiba takde angin takde ribut, muncul pulak anime Salaryman's Club yang tayang hari Rabu dan Khamis malam.

Salaryman's Club kisah pasal pekerja kolar putih kat Jepun, Mikoto Shiratori yang main badminton secara profesional. Siang kerja, petang latihan badminton.


Anime ni sebenarnya dah main. Tak silap aku tahun lepas. Tak ingat dah. Sebab aku tengok kejap je. Kesnya TV Okey tayang jam 6 petang hari Sabtu dan Ahad. Aku waktu tu tak tengok TV. Keluar buat aktiviti harian.

Anime Hari Masa Siaran TV
Karakuri Circus Sabtu dan Ahad 11.30 PM TV Okey
Dr. Stone Isnin dan Selasa 11.30 PM TV Okey
Salaryman's Club Rabu dan Khamis 11.30 PM TV Okey

Sekarang, bertambah lah senarai anime kat TV Okey. Berderet-deret tayang waktu malam. Rasanya anime ni semua targetnya bukan kanak-kanak atau budak-budak sekolah. Sebab ceritanya agak berat dan slot waktu malam tu bukan masanya untuk diorang tengok TV.

Post a Comment

0 Comments