Hari tu masa masuk pasar raya, aku nampak lah timbunan kek viral ni kat depan pintu masuk. Ada banyak flavour yang diorang jual. Terasa macam nak beli. Nak tahu macam mana rasanya.
Aku beli perisa coklat seketul. Nak cuba je sedap ke tak. RM3 harganya. Kalau sedap, boleh beli lagi lepas ni.
Kek ni bentuknya segi 3. Tak tahu lah kenapa dibuat design macam tu. Untuk kelainan mungkin?
Dari luar, nampak sangat menarik susunan lapisan keknya. Keknya lembut je. Spongy gitu. Tak sama dengan kek bajet yang biasa ada kat kedai.
14 Comments
Belum pernah try lagi...
ReplyDeleterasanya ni kalau yg suka keju ni boleh layannn
Betul. Rasa dia sedap berkeju.
DeleteBlm penah terjumpa lg
ReplyDeleteTp kalu rasa keju ciknur pun kurangg sikit sb cepat muak
Itu lah pasal. Cepat muak bila ada keju.
Deletebelum terfikir nak mencuba sebab product of China... bukan racist, tapi banyak malaysia
ReplyDeleteKek ni ada sijil halal dari Halal Certification Services Chongqing (HCS), China. Antara 6 badan pensijilan halal kat China yang diiktiraf JAKIM.
DeleteSaya check dulu pasal ni sebelum beli produk China. Kalau takde logo halal dari mana-mana 6 badan ni, memang takkan beli. Risau.
aritu opismet ada kasi kek ni. tp sy x mkn. sbb bau dia krg selesa utk hidung sy. x tau laa kenapa...
ReplyDeleteItu sebab utama saya tak berapa suka kek ni. 😅
Deletetk pernah tgk kek ni
ReplyDeleteTengah viral. Mungkin kat sesetengah kedai yang masuk.
DeletePeminat kek pasti suka dan saya juga suka tapi makan sehiris dua jelah...tak mahu lebih
ReplyDeleteSama. Tak mampu nak habiskan. 😅
DeleteAda tengok orang review nampak macam kek palsu je rupa dia. So far belum teringin lagi nak mencuba. Tapi kek ni ada peminatnya sendiri. Ada yang suka, ada yang tak. Ikut selera masing-masing.
ReplyDeleteTepat. Memang ada peminatnya. Tapi bukan saya. 😅
Delete