Dragon Ball Daima. Gohan mana?


Baru lepas tengok episod 2. Aku masih tertanya-tanya mana perginya Son Gohan. Dalam teaser, trailer, lagu opening dan ending, semuanya tak tunjuk kelibat terkini Gohan.

Untuk yang baru tahu, minggu lepas yakni 11 Oktober bermulanya tayangan episod pertama Dragon Ball Daima yang merupakan kesinambungan kepada kisah Dragon Ball Z yang pernah TV2 tayang suatu ketika dulu.


Kisah Daima ni berlaku lepas setahun berakhirnya pertarungan dengan Majin Buu. Waktu tu ada sambutan hari jadi Trunks yang ke-9 kat kediaman maknya, Bulma.

Kat situ, sekelip mata je diorang yang terlibat dalam pertarungan dengan Majin Buu tu jadi kecil atas permintaan Raja Gomah. 

Masa sambutan hari jadi Trunks.

Semua jadi budak-budak.

Antara karakter dalam Daima.

Trunks, Dende dan Goten versi bayi.

Raja Gomah dan antagonis cerita ni.

Cerita ni menarik. Peminat Dragon Ball pasti suka. Salah satunya sebab nak tengok kisah yang berlaku lepas pertarungan dengan Majin Buu tu. Kedua, animasi Daima ni sangat lah cantik dan berkualiti. Ibarat tengok anime lama Dragon Ball tapi versi moden.

Daima setakat ni takde manga. Terus anime. Jadi, element of surprise tu jadi salah satu tarikan utama untuk terus tengok Daima.

Majin Buu setahun lepas.

Masa Gohan lawan Majin Buu.

Cuma sampai episod 2, aku masih tercari-cari mana Gohan. Adakah Gohan takkan muncul sebagai watak utama dalam Daima? Sebab nak tonjolkan watak Goku dan Bezita?

Atau adakah ni sebenarnya plan penulis skrip dan team terlibat nak bagi surprise yang suatu masa nanti Gohan akan muncul sebagai hero? Nantikan...


Setakat ni, aku memang layan Dragon Ball Daima ni. Bukan sekadar nostalgia. Tapi sebab nak tahu sangat kisah Goku dan yang lain lepas diorang kalahkan Majin Buu dulu.

Post a Comment

1 Comments

  1. Masih berterusan lagi cerita Dragon Ball ni ye. Peminatnya mesti teruja tengok kan.

    ReplyDelete