Masa masuk pasar raya, aku masuk lah bahagian barang bakeri. Kat rak, aku nampak ada kek segi tiga yang viral. Aku ingatkan kek Öbalab. Tapi bukan.
Rupanya kek jenama Yami. Aku pernah buat entri pasal Molten Cream Cake. Sedap yakmat. Kali ni, muncul kek segi tiga pulak. Ada 2 perisa: pandan dan vanila.
Kek ni tak sama macam kek segi tiga yang viral tu. Kek tu kek keju. Kek yang Yami buat ni bukan kek keju. Tapi kek span. Sebab tu aku beli.
Bentuk dan kejadiannya memang hampir sama dengan kek keju viral tu. Tapi rasa kek Yami ni tak sama langsung dengan kek keju tu. Sedapnya lain macam.
Yang pasti, kek ni dikilangkan kat Malaysia. Ada pengesahan halal Malaysia dari JAKIM. Jadi, boleh makan tanpa ada rasa waswas.
Sandwic Span perisa pandan
Mulanya aku rasa perisa pandan. Kek ni sangat lembut. Melantun pun macam span bila ditekan. Halus je teksturnya.
Masa bukak pek plastik tu, memang ada bau pandan. Semerbak jugak baunya. Rasa pun memang ada rasa pandan. Senang cerita, kek ni memang sedap. Kena dengan tekak aku.
Sandwic Span perisa vanila
Kemudian, aku makan pulak perisa vanila. Mulanya aku ingatkan perisa pisang sebab ada warna kuning kat pek kek tu. Bila tengok sekali lagi, rupanya vanila.
Rasanya memang best. Rasa standard kek span perisa vanila yang biasa aku makan. Paling best, kek ni tak muak bila makan. Tak macam kek keju viral tu. 😅
Harga seketul kek Sandwic Span Yami ni RM2.80 yang pasar raya tu jual. Kalau kat Shopee, harganya baru RM2.60 seketul. Sebab rasanya sedap, mungkin aku akan beli online pulak lepas ni.
10 Comments
Tak pernah jumpa lagi produk ni.
ReplyDeletePasti sedap rasanya
Memang sedap Wak. Lembut gebu keknya.
DeleteYang penting harga mampu milik, di Kedah tak ada lagi produk ini .
ReplyDeleteNanti masuk lah tu. Kalau ada produk Yami, pasti kek ni masuk jugak.
Deletems telan ada x rs mcm nak tercekik?
ReplyDeleteTak pasti sebab saya tak terus telan. Kunyah dulu. 😓
DeleteNmpk mcm kek obalab yg viral tu.
ReplyDeleteYg ni mmng ada 2 perisa jeke
Lebih kurang. Mungkin trend kek bentuk macam ni sekarang. Setakat ni, ada 2 perisa je.
DeleteSaya tuh tiap ke Malaysia, paling sukaaaa ke Minimart atau supermarket lalu ke bagian bakery. Macam2 roti begini suka kalap saya belum . Hanya utk coba saja. Yg sedap saya beli lagi, yg tak sedap, at least dah rasa 😄.
ReplyDeleteDecember nanti ada transit Malaysia , nak cari di supermarket KLIA lah.
Kat Malaysia, banyak menu bakeri yang sedap dan harga mampu beli. Cuba masuk AEON. Macam-macam menu bakeri yang diorang jual.
Delete