Lawak Kampus 50 dah sampai.


Jilid terbaru siri komik Lawak Kampus dah masuk 50. Banyak kan? Tak sangka pulak komik ni berjaya cecah sampai angka ni. Setakat ni, Lawak Kampus pegang title jumlah jilid paling banyak.

Aku beli kat Shopee. Kalau ikutkan, aku nak pergi kedai buku fizikal je. Tapi kes bila beli online kat kedai rasmi Gempakstarz, akan dapat poskad free. Jarang sekali benda ni nak muncul.

Belah kiri tu poskad.

Komik Lawak Kampus 17 dan komik terbaru dari Xanseviera.

Aku pun beli lah. Tambah beberapa lagi komik lain (Lawak Kampus 17 dan BF-Ku Idola K-Pop? 02). Kalau beli sebuah, diorang bungkus dalam bubble wrap je. Bila beli banyak, baru diorang bungkus dalam kotak.


Bukan apa. Pengalaman aku beli buku online, mana-mana seller yang bungkus dalam bubble wrap, pasti rosak buku tu. Ada yang kemik, ada yang patah.

Pastu nak return dan refund sangat lah leceh. Nak kena ambil gambar dan record video bagai. Tu belum lagi nak kena bungkus semula buku yang rosak.

Akan datang, versi Bahasa Cina pun diorang terbitkan jugak. Mungkin lewat sikit masuk kedai. Selalunya macam tu lah. Diorang akan fokus versi BM dulu.


Untuk jilid ke-50 ni, selain komik single versi biasa ni, akan ada jugak versi Pek Spesel. Dan paling best, versi ni ada kad percuma. Gambar pada kad tu mewakili semua cover komik Lawak Kampus dari jilid 1 sampai lah jilid 50.


Peminat setia Lawak Kampus pasti 200% akan beli versi Pek Spesel ni. Aku pun memang nak sangat lah beli versi ni. Kad-kad cover komik yang diorang buat tu sangat mengimbau kenangan.

Post a Comment

0 Comments