Lama dah aku nak cuba aiskrim ni. Masa awal-awal iklan, tengok kat kedai, takde lagi. Sabtu lepas masa pergi kedai, ada pulak. Apa lagi, terus aku sambar seketul.
Bukan apa, terpengaruh dengan iklan kat TV. Masa duk sedap layan cerita, boleh pulak keluar iklan aiskrim ni. Banyak kali pulak tu.
Harganya RM4 lebih. Masa nak bayar, cashier tu bagitau dia dah pernah makan aiskrim Candy Crush. Manis katanya. Lepas tu, bila makan, ada rasa letup-letup dalam mulut. Gitu lah apa yang aku faham.
Balik rumah, aku pun cuba lah rasa. Nak kata manis, takde lah manis sangat. Secukup rasa je. Rasa candy kan? Cuma lapisan kulit aiskrim tu sebijik rasa versi KitKat.
Bila makan, memang ada rasa letup-letup dalam mulut yang aku rasa best dan tak. Sebab agak mengganggu. Tapi bila sedar yang temanya Candy Crush, harus lah rasa letup-letup tu perlu ada.
Overall, menjadi jugak lah aiskrim Candy Crush ni walaupun rupanya agak pelik. Menggerutu. Dan jarang nak jumpa aiskrim yang ada efek letup-letup masa makan.
10 Comments
yang ni menarik... sbb peminat game candy crush
ReplyDeleteBoleh cuba cari dah tu. 😄
Deletemeletup2 dlm mulut🤣 mama sy confirm suka
ReplyDeleteKagum. Saya ngilu tiap kali ada letupan dalam mulut. 😅
Deletemanis pada kak ana, pernah try hari tu :)
ReplyDeleteBetul dah tu. Ni nak makan selalu memang tak boleh lah.
Deletemenarik pulak ais krim letup-letup
ReplyDeleteNi first time makan aiskrim macam ni. 😄
Deletewah candy crush plak..meletup2 ye
ReplyDeleteKena cuba lah baru tahu. 😂
Delete