Mamee Monster versi Pink & Red.


Sebenarnya dah lama aku nak buat entri pasal ni. Dek kekangan masa nak taip panjang-panjang, maka aku hold dulu. Sampai lah hari ni baru boleh teruskan.

Mamee Monster selalu ada promo terbaru tiap-tiap tahun. Versi Quby macam baru je lagi. Tup tup dah ada promo baru. Aku dah pernah buat entri pasal versi Quby ni.


Tak lama lepas tu, muncul promo baru iaitu Mamee Monster versi Pink & Red. Selalunya hanya maskot warna biru yang banyak muncul (namanya Monster). Selain Monster, ada makhluk lain: Pink dan Red.


Kisahnya si Pink dan Red ni bergaduh. Rancangan diorang tak seiring. Jadi, terpaksa lah Monster jadi orang tengah untuk tolong diorang berbaik semula.

Untuk promo versi Pink dan Red ni, ada contest menarik. Ada 2 jenis contest iaitu Cantum & Menang dan contest kedua, Cari & Menang. Nak join contest kedua tu, agak payah. Sebab kena cari sachet emas.



Sachet emas ni perencah Mamee Monster tapi pek warna emas. Bukan senang nak dapat. Aku dah beli berpuluh paket. Hanya seketul sachet emas yang aku jumpa. Nasib lah siapa yang dapat banyak tu.




Sedihnya, aku tak sempat nak join mana-mana contest. Tengok-tengok dah tamat tempoh. Aku sebenarnya nak sangat kumpul semua 3 pouch bag tu. Tapi takde rezeki.


Pouch bag yang aku dapat ni pun, aku beli Mamee Monster kat Lazada. Diorang bagi free. Pouch bag warna biru je yang aku tak dapat. Aku mintak jugak kat staff diorang. Katanya diorang bagi random. 😭

Post a Comment

1 Comments

  1. Comelnya! Ini yang buat orang tertarik nak beli ni. Lagi lagi pencinta pink. Bertahun sudah tak makan mamee ni. Jajan legend yang masih ada sampai sekarang.

    ReplyDelete