Mamee Monster x Hello Kitty.


Sebagai penutup tahun 2024 ni, Mamee Monster buat promo baru. Kolaborasi antara Mamee Monster dan Hello Kitty. Ni kali pertama diorang collab. Berseri-seri dengan warna pink.

Ada contest baik punya


Macam biasa, bila dah collab, macam-macam benda baru yang muncul. Dalam promo ni, ada hadiah menarik bila join contest. Antara yang paling menarik, dapat pergi ke Sanrio Puroland kat Jepun.


Sanrio Puroland ni taman tema kat Tokyo yang ada macam-macam karakter Sanrio termasuk lah Hello Kitty. Dulu Johor pernah ada taman tema Hello Kitty. Tapi dah tutup. Tak sempat pulak aku nak ke sana. 😅

Pek misteri kembali


Kali terakhir Mamee Monster buat versi pek misteri masa promo Pokémon. Kali ni, pek misteri muncul semula. Kesemua pek misteri ni berperisa laici beri. Setiap pek tu ada design yang berbeza: hijau, pink, ungu dan biru.


Tapi nak dapat pek misteri tu punya lah payah. Aku beli lebih 15 family pack tapi langsung takde pek misteri dalam tu. Memang betul-betul misteri gamaknya.



Perasan tak kat pek tu hanya ada 2 maskot iaitu Monster dan Pink? Mana Red? Promo sebelum ni ada kesemua 3 maskot. Ke Red masih bergaduh dengan Pink?

Tapi aku suspek Mamee Monster tak masukkan Red dalam promo kali ni sebab nak biarkan Pink menyerlah. Kan pink tu sinonim dengan warna tema Hello Kitty?

Berdua lebih baik!


Paling menarik, kali ni Mamee Monster buat kad dan sticker. Dalam pek tu, bahagian depan ada kad, bahagian belakang ada sticker. Ada 20 pek kesemuanya. Nanti boleh lah kumpul buat koleksi. 😄



Setakat ni, aku berjaya kumpul 7 jenis kad dan sticker je. Masih ada 13 pek lagi yang nak kena cari. Banyak kad dan sticker sama yang aku dapat dalam family pack tu. 😂

Pouch bag limited edition


Masih ada lagi benda menarik. Sekarang ni, Mamee Monster bagi pouch bag free bila beli jajan ni secara online kat Shopee dan Lazada. Pouch bag ni ada 4 design.


Mamee bagi aku design yang ni.

Aku nak kumpul kad dan sticker Mamee Monster dan Hello Kitty je dulu. Harap dapat lah kesemua 20 kad dan sticker tu. Bukan senang. Kalau beli sekotak besar pun belum tentu boleh dapat semua.

Sebab dalam tu kita tak tahu kad dan sticker apa yang ada. Kalau dapat gambar sama, makan modal lah nak kena beli lagi family pack tu.

Post a Comment

0 Comments