Pantang nampak kedai ECO, mesti nak masuk. Bukan nak shopping sakan sangat pun. Tapi nak beli menan je.
Macam biasa lah. Musim ni bila masuk kedai ni, aku terus tuju ke bahagian lori ECO. Ada lori versi merdeka, Deepavali dan Papa Pipi. Tapi hanya ada jenis Box Truck je.
Semua tu aku dah ada sebenarnya. Masih elok tersimpan dalam kotak kat rumah. Tapi entah kenapa tangan ni ringan sangat nak ambil. Tanpa sedar, dah termasuk dalam bakul. 😂
Lepas tu, keluar lah aku dari situ bersama lori-lori ni. Seram pulak nak duk dalam tu lama-lama. Nanti entah apa pulak yang dimasukkan dalam bakul tanpa sedar.
Aku tak terus balik. Plan nak ke kedai buku Popular. Hari tu kan aku ada dapat emel menyatakan yang aku salah sorang pemenang POPClub Readership Survey 2024. Hadiah tu dah sampai. Kena pergi ambil.
Masa menuju ke Popular, ternampak pulak sebuah lagi kedai ECO. Entah kenapa kaki aku ni terasa ringan untuk masuk ke sana.
Dalam tu, aku usha barang apa yang ada. Kebanyakan barang sama macam ECO sebelum ni. Tapi ada barang yang lain jugak: lori ECO jenis Prime Mover versi merdeka dan Deepavali.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Lori tu tergantung kat belakang cashier. Mulut aku pun tetiba ringan bertanyakan staff kat situ. Mintak dia tolong ambilkan setiap 2 lori.
6 Comments
Wahh rajin encik beli mainan eh
ReplyDeleteSaya pon selalu seronok tengok mainan orang perempuan.. haritu baru beli 3 kotak DIY gelang
Bila meningkat dewasa, kita punya inner child bergelojak tiap kali tengok mainan kan 😂
Macam betul jugak tu. Makin dewasa, makin kanak-kanak perangainya. 😅
DeleteSeronok masuk kedai Eco ni, rasa macam org kaya 😁
ReplyDeleteKann. Beli sebeg, dah macam orang banyak duit pulak. 😄
Deletekedai paling bahaya selepas guardian dan watson hahahaha
ReplyDeleteMujur lah saya jarang masuk Guardian dan Watsons. Tu pun beli dalam Shopee je. 😆
Delete