Singgah beli komik di Sukses KB Kelantan @ Concept Store Gempakstarz.


Semalam masa nak ke bandar, aku singgah lah kejap kat sebuah kedai buku dan alat tulis kat Kota Bharu. Lebih tepatnya kat Wakaf Mek Zainab.

Kesnya Gempakstarz yang racun. Minggu lepas diorang ada up video pasal sebuah kedai concept store diorang. Kedai kedua. Yang first kat Pahang. Jadi, aku pun pergi lah ke sana.



Dari jauh, dah nampak banner kedai. Kat depan kedai tu, ada standee karakter komik X-Venture. Cun sangat. Tak pernah ada kedai yang buat macam ni tau.


Waktu aku datang ni, tengah panas terik walaupun pagi. Nak bergambar kat luar ni pun, berpeluh sampai ke punggung. Tak jadi. Aku terus masuk ke dalam kedai.

Ruang concept store yang besar


Masuk dalam, mula-mula akan nampak ruang kedai biasa yang jual alat tulis dan perkakas berkaitan. Bila terus masuk dan belok ke kanan, akan nampak ruang concept store yang besar.














Penuh dengan buku terbitan Gempakstarz. Hampir semua ada dalam tu. Komik dan novel terbaru pun banyak masuk. Aku masa masuk dalam tu, terasa excited kemain.

Standee untuk bergambar lah!


Paling best, kat dalam tu ada jugak standee karakter Lawak Kampus. Antaranya Vannes, Froggy, Aditas, Si Kosong, Xena, Bepop dan Guru Besar. Tempat yang sangat menarik untuk bergambar.


Aku rasa ni kalau ada kat event komik, pasti akan jadi tempat paling popular (kalau tak rosak lah). Jarang sangat nak tengok ada standee macam ni kat event macam tu.




Paling tak sangka, entah macam mana lah diorang terfikir nak lukis background wayang kulit dan wau bulan kat belakang Bepop. Antara warisan ikonik Kelantan.


Bagus betul siapa yang sangat peka pasal ni. Alert dengan kawasan sekeliling. Adakah idea ni dari pelukis Lawak Kampus iaitu Keith sendiri?

Ada jugak komik Gempakstarz versi Bahasa Cina


Antara benda yang aku tak sangka boleh ada. Concept store ni jual jugak komik dan novel ringan Gempakstarz versi Bahasa Cina. Kat Kelantan ni, puas aku duk cari komik Gempakstarz versi BC. Tapi takde. Popular, SMO Bookstores dan Kedai Buku Banggol pun takde jual.



Mungkin jugak sebab concept store ni dekat dengan sekolah Cina. Kata aunty yang jaga kedai ni, ada 2 buah SJKC kat sekitar tu. Nanti dapat lah pelajar-pelajar sekolah beli komik dan novel BC kat sini.

Ada promo menarik


Masa aku pegi tadi, ada promo beli RM30 ke atas, dapat hadiah percuma. Kena baling dadu besar gedabak untuk dapat hadiah misteri berdasarkan nombor kat dadu tu.


Memandangkan aku beli lebih RM60, dapat lah 2 kali balingan. Menarik jugak. Aunty tu bagi aku buku nota dan pembaris. Boleh simpan buat koleksi.



Masa aku masuk sini, takde orang lain pun yang datang. Hanya ada staff 2 orang. Mungkin sebab masih ramai peminat Gempakstarz yang tak tahu kewujudan concept store ni. Atau mungkin masih takde promosi besar-besaran dari Gempakstarz sendiri. Tu pun hanya ada video je.

Harapnya dengan terciptanya entri aku yang cukup berharga ni (perasan), dapat lah peminat Gempakstarz kat Kelantan datang serbu concept store ni. Boleh bergambar dengan karakter X-Venture dan Lawak Kampus!

Post a Comment

0 Comments