Minggu lepas, anime Salaryman's Club melabuhkan tirai. Sikit sangat episodnya. Total 12 kesemuanya. Rasa sangat tak puas tengok.
Lepas tamat cerita tu, TV Okey gantikan dengan anime baru iaitu Cells at Work!, anime yang julung kali ditayangkan kat stesen TV Malaysia bermula 14 November 2024.
Anime | Hari | Masa | Siaran TV |
---|---|---|---|
Cells at Work! | Rabu dan Khamis | 11.30 PM | TV Okey |
Kisahnya pasal kehidupan segala jenis sel yang ada dalam tubuh manusia. Semua sel ni buat tugas masing-masing untuk pastikan badan manusia tu selamat dari segala jenis penyakit. Untuk pelajar yang nak faham Sains dan Biologi, cerita ni sangat lah best untuk tengok.
Sebab? Setiap sel tu diterjemahkan dalam bentuk 'manusia' atau 'raksasa' yang hidup macam orang biasa. Jadi, takde lah bosan bila nak faham tentang sesuatu fungsi atau peranan sel tu.
Tapi masa aku tengok setakat 3 episod, terkejut jugak lah bila ada scene bertarung sampai bersepah darah. Tak silap aku, ada kat mana entah, sesetengah scene dalam anime ni terpaksa dipotong. Tak sesuai untuk budak tak matang tengok.
Tak pasti kenapa TV Okey tak potong scene macam tu yang aku kategorikan sebagai violence. Mungkin target audience cerita ni bukan kanak-kanak. Ye lah. Dah tayang pukul 11.30 malam. Budak-budak pun dah tidur nak sekolah besoknya.
Takpe. Selagi takde apa-apa info pasal tapisan atau censorship, aku layan je. Lagipun, ada subtitle dalam Bahasa Melayu. Lagi menarik dan tertarik nak terus tengok. 😁
2 Comments
boleh try ditonton ini...
ReplyDeleteAnime ini best, cerita bagaimana sel-sel badan bertindak melindungi badan jika ada kelukaan. huhu
ReplyDelete