Pokok peria katak dan pokok kacang sepat yang aku tanam dulu dah mula pupus. Mulanya pokok peria katak tu diserang makhluk macam ulat bulu warna kuning. Habis pucuk dan daun dimakannya.
Pokok kacang sepat tu pulak, asyik menjalar. Sampai nak terbalik para yang aku buat. Aku potong dahannya. Ada beberapa lagi pokok kacang sepat yang dah tak dapat diselamatkan dek kering masa musim panas hari tu.
Maka, sekarang aku mula tanam pokok menjalar yang lain iaitu kacang botor. Aku tanam dari biji benih yang aku dapat kat mana entah. Mungkin Shopee kot.
Tak sampai sebulan pun lagi. Pokok kacang botor ni dah mula membesar dengan jayanya. Ada 5 anak pokok kat dalam polibeg. Harapnya dapat lah makan hasilnya nanti. Risau pulak ada serangga yang rosakkan. 😱
Ada beberapa anak pokok peria katak kat dalam polibeg. Ada yang aku tanam, ada yang tumbuh sendiri. Mungkin anak pokok tu tumbuh dari buah yang meletup sebelum ni.
Sekarang masih musim hujan. Tapi takde lah lebat macam minggu-minggu lepas. Selalunya kalau cuaca macam ni, anak pokok mudah hidup dan membesar.
3 Comments
Rajinnya bercucuk tanam. Tahniah.
ReplyDeleteseronok, jika yg kita tanam tu hidup elok.
ReplyDeletesy cepat give-up bila tgk tanaman tak menjadi (walhal malas nak jaga).
kadang da busy sangat, jadi lupa (alasan lagi).
menanam ni kena istiqomah juga kan? adeih.
Semoga berhasil 🤲🏻
ReplyDeletePH dah lama tak bercucuk tanam, takde mood skrg ni :)