Beli lagi Sambal Nyet Berapi Khairulaming.


Hari tu aku beli sebotol sambal viral ni setelah sekian lama tak jamah. Aku beli kat Shopee. Harga macam dulu lah. Masih kekal dengan RM13.99 sebotol.

Kali ni tak payah nak berebut macam dulu. Setiap kali aku tengok kat Shopee, mesti ada stok. Jadi, senang lah sikit prosesnya.

Dalam bungkusan tu ada diberi sekali kad gambar Khairulaming. Yang ni boleh simpan buat koleksi lah.


Aku makan sambal ni dengan menu kampung je. Ada kerajinan sikit nak masak ikan cencaru goreng dan sayur kangkung. Tapi sambal kali ni aku boleh puji.



Aku suka baca latest review. Pengalaman orang yang dah makan sambal ni. Macam betul jugak diorang bagitau. Katanya setiap batch production, mesti rasa tak sama. Macam tu lah jugak dengan sambal ni.

Lain macam analoginya. 😄

Dalam beberapa kali sambal yang aku beli, ni sambal yang paling menjadi dari segi rasa. Tak terlalu pedas, tak rasa pahit dan tak terlalu manis. Macam balance rasanya.

Cuma yang tak best nya, tiap kali aku makan sambal ni, esoknya mesti perut aku memulas dan membuang kat jamban. Tak tahu sebab apa.

Ada lagi baki dalam botol tu kat dalam peti sejuk. Tak tahu nak teruskan makan ke tak. Kang makan nanti memulas lagi perut dibuatnya. 😓

Post a Comment

18 Comments

  1. Ha'a sekarang tak perlu nk rebut.. CCL pun kadang beli sambal nyet ni di platform shopee. Sesekali teringin kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok banyak sekarang ni. Mungkin ramai yang dah berjaya merasa.

      Delete
  2. Kalau stok sambal dah habis kt rumah saya, mmng selalu topup sambal KA ni je. Sangat kena dgn tekak saya.

    Eh samalah, saya pun slalu sakit perut makan sambal ni. Sebab bagi saya pedas. Kalau ambil pun mmng amik sikit je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni saya makan elok je. Tak kerap ke jamban. Yang baru ni memang confirm masuk jamban. Padahal ambil sesudu je.

      Delete
  3. Tak pernah beli lagi setakat ni, teringin jugak tapi belum nak beli, akan datang mungkin.

    ReplyDelete
  4. Pun ada beli juga tapi dendeng nyet. Kad tu kita simpan buat kenangan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada jugak barang untuk buat kenangan. Nasib baik tak simpan botol tu jugak.

      Delete
  5. Dulu isteri saya ada juga jual sambal DI shoppee, alhamdulilah laku juga. Tapi sejak mesin retort pun terbakar masa kebakaran rumah saya, dah tak buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ada lah rezeki lain tu. Pernah beli jugak sambal bilis tu. Sedap.

      Delete
  6. Baru beli 2 kali tapi tak perasan pula rasanya berbeza.
    Kad gambar KA tu kalau dapat serba salah dibuatnya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin lidah saya sensitif bab makanan kot. Kad gambar tu simpan masuk dalam frame. 😂

      Delete
  7. Bila ada masa nanti, join GA saya ye.

    ReplyDelete
  8. ammi baru je order dendeng KA ni..dah sampai tapi belum rasmikan lagi. nak rasmikan kat tapak camping hujung minggu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dendeng tu saya kurang suka. Rasa macam hangit sikit. Tak tahu lah batch baru ni macam mana rasanya.

      Delete
  9. yg berebut tuk time dia live..sha blm rasa lg sambal atau dendeng tu..blm ada rezeki ..doakan sha tau dpt merasa hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah dapat lah nanti tu. Sekarang tak payah berebut dah. Selalu ada stok.

      Delete