Tahun lepas, aku beli pokok jambu bertih warna merah kat Shopee. Dalam bulan September. Kecik je pokoknya masa aku terima tu.
Aku taruk dalam polibeg je lepas dapat pokok tu. Tapi sampai ke sudah tak berbuah. Bunga pun tak pernah keluar.
Baru-baru ni, tetiba ada beberapa kuntum bunga yang muncul. Tak sempat pulak aku nak snap gambar sebab hujan je memanjang.
Lepas tu, muncul beberapa biji buah. Kecik je buahnya. Dari putih, bertukar ke merah. Masa aku snap gambar ni, ada beberapa biji yang dah hampir masak. Buah ni kalau masak, warnanya merah pekat.
Tak sangka pulak boleh berbuah. Sekarang, aku alihkan dan letak pokok jambu ni dalam tanah. Rasanya lagi elok pokok ni dimasukkan dalam tanah berbanding polibeg. 😓
1 Comments
Alhamdulillah berbuah ye 👍🏻
ReplyDelete