Buah sulung jambu bertih merah.


Tahun lepas, aku beli pokok jambu bertih warna merah kat Shopee. Dalam bulan September. Kecik je pokoknya masa aku terima tu.

Aku taruk dalam polibeg je lepas dapat pokok tu. Tapi sampai ke sudah tak berbuah. Bunga pun tak pernah keluar.

Baru-baru ni, tetiba ada beberapa kuntum bunga yang muncul. Tak sempat pulak aku nak snap gambar sebab hujan je memanjang.

Lepas tu, muncul beberapa biji buah. Kecik je buahnya. Dari putih, bertukar ke merah. Masa aku snap gambar ni, ada beberapa biji yang dah hampir masak. Buah ni kalau masak, warnanya merah pekat.

Tak sangka pulak boleh berbuah. Sekarang, aku alihkan dan letak pokok jambu ni dalam tanah. Rasanya lagi elok pokok ni dimasukkan dalam tanah berbanding polibeg. 😓

Post a Comment

8 Comments

  1. Belakang rumah saya pun ada tanam buah jambu air. Dah pernah berbuah.. Tak sabar nak tunggu buahnya lagu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rare tu. Sini ada je orang tanam jambu air. Tapi buahnya jarang elok.

      Delete
  2. Masa zaman kecik banyak lah jambu air ni sampai jatuh tanah.. sekarang jarang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rumah kat kampung-kampung, banyak pokok ni. Tapi sekarang banyak ditumbangkan bila nak buat rumah baru.

      Delete