Genap 2 tahun pemergian Abah.


Hari dah masuk 19 Disember. Macam mana aku akan sentiasa ingat tarikh lahir Abah aku, macam tu jugak lah aku akan ingat tarikh pemergian Abah aku.

Cuaca elok hari ni. Tak hujan dan tak panas terik. Cuma ada beberapa ketika je masa kat kubur tadi hujan rintik-rintik.

Kali ni aku bawak mak aku sekali ziarah kubur Abah. Nampak lah air mata mak aku mengalir masa tengok kubur Abah. Tapi mak aku macam biasa lah. Bila tengok aku, terus lap tak nak bagi aku perasan.

Tadi tak sempat nak snap gambar kubur Abah. Tapi sejak musim hujan ni, kemain lebat daun pokok bunga melur kat situ walaupun bunganya malu-malu nak munculkan diri.

Bunga raya merah kat atas tu, mak aku tanam kat laman rumah. Aku snap gambarnya tak lama dulu. Tiap kali aku tengok bunga yang mekar gini, teringat kat Abah aku yang suka bergambar waktu bunga mekar.

Semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh di sana nanti.

Post a Comment

1 Comments