Genap 2 tahun pemergian Abah.


Hari dah masuk 19 Disember. Macam mana aku akan sentiasa ingat tarikh lahir Abah aku, macam tu jugak lah aku akan ingat tarikh pemergian Abah aku.

Cuaca elok hari ni. Tak hujan dan tak panas terik. Cuma ada beberapa ketika je masa kat kubur tadi hujan rintik-rintik.

Kali ni aku bawak mak aku sekali ziarah kubur Abah. Nampak lah air mata mak aku mengalir masa tengok kubur Abah. Tapi mak aku macam biasa lah. Bila tengok aku, terus lap tak nak bagi aku perasan.

Tadi tak sempat nak snap gambar kubur Abah. Tapi sejak musim hujan ni, kemain lebat daun pokok bunga melur kat situ walaupun bunganya malu-malu nak munculkan diri.

Bunga raya merah kat atas tu, mak aku tanam kat laman rumah. Aku snap gambarnya tak lama dulu. Tiap kali aku tengok bunga yang mekar gini, teringat kat Abah aku yang suka bergambar waktu bunga mekar.

Semoga Abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh di sana nanti.

Post a Comment

10 Comments

  1. huhuhu... innalillahiwainnailaihirojiuuunnn...

    nti kalau kita mati pun mesti anak2 akan ingt kite dengan cara kita suka buat masa hidup kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Selalu dengar macam tu lah. Rindu yang takde penghujung.

      Delete
  2. Semoga Allah tempatkan arwah abah BK disebaik2 tempat

    ReplyDelete
  3. baru kemarin sha mimpi arwah bapa sha 12 tahun pergi menghadap ilahi, asal ja sha mimpi dia mesti diam dan tak berckap..semoga arwah abag awak ditmptkan dlm kalangan org beriman..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Apa maksudnya tu kalau mimpi jumpa arwah tapi tak bercakap?

      Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah.

      Delete