Teringin nak makan kari Jepun musim hujan ni. Kat kedai dan pasar raya kawasan rumah aku memang takde jual. Pernah cari tapi memang takde. Aku pun godek lah dalam Lazada.
Ada perisa ori dan pedas. Aku beli yang pedas. Tapi tak pedas pun sebenarnya. Rasanya rempah kari BABA'S yang pedas tu jauh lagi pedas dari kari Jepun ni.
Kat pasaran ada banyak jenis kari Jepun. Kebanyakannya tak halal atau takde logo halal. Kari Jepun yang aku beli ni halal. Ada logo halal Indonesia yang JAKIM iktiraf. Jadi aku beli tanpa waswas.
House Kari Ala Jepang ni jenis kiub yang bercantum macam bar coklat. Ada 10 ketul. Entah kenapa dibuat macam tu. Alangkah elok kalau dibungkus asing setiap kuib macam kiub pati ayam Maggi atau Knorr.
Dalam tu, aku masukkan sikit hirisan ayam, lobak merah dan bawang Holland. Tumis sekejap dan masukkan air. Bila dah lembut, aku perlahankan api dan taruk seketul kari Jepun.
Kacau. Nanti lama-lama kari tu akan sebati dan mula memekat. Bila dah pekat tu, maknanya siap lah kari Jepun. Aku makan dengan nasi putih. Memang memikat betul rasanya. 😁
17 Comments
nampak pun dah sedap...
ReplyDeleteItu lah pasal. 😆
DeleteBole try nanti ... Nampak sedap 👍🏻
ReplyDeletePasti sedap. 👍
DeleteOwhh ada erk kari jepun
ReplyDeleteAda Wak.
Deleteini sudah memudahkan kerja, nanti boleh cari dan cuba. thank you!
ReplyDeleteNak buat sendiri macam leceh. Beli yang dah siap macam ni lagi senang. 😄
DeleteBaru ni try jugak di sana, memang sedap walaupun kurang pedas berempah.
ReplyDeleteBetul. Kurang pedas. Kalau lagi pedas pasti lagi sedap.
DeleteLain macam kiubnya begitu. Kalau letak dalam peti ais, silap² ada yang ingat coklat.. Hihi
ReplyDeleteMalang lah siapa yang makan nanti tu. 🤣
Deletesaya pun selalu simpan stok kari jepun ni. kadang bawak bekal pergi kerja sebab mudah sangat nak masak. pastu tambah chicken katsu
ReplyDeleteSedap tu tambah katsu.
Deletebaru saya taju Jepun ada kari
ReplyDeleteapa agaknya rasa kari jepun ni? setakat ni kalau makan di restoran jepun belum pernah order menu yg ada kari
ReplyDeleteJauh beza dengan kari Malaysia. Kena makan dulu baru boleh tahu macam mana rasanya.
Delete