No available shipping option dari Shopee sempena banjir.


Memandangkan sekarang dah masuk musim tengkujuh dan kat kawasan rumah aku ni hujan tak henti dari minggu lepas (suhu dalam rumah pun kemain sejuk), aku plan nak beli payung baru.

Payung lama ada tapi nak beli baru kes nak buat standby. Nak beli kat kedai atau pasar raya, jauh jugak nak kena keluar. Lagi senang beli online.

Tapi masa nak bayar, tetiba keluar ayat No available shipping option. Pelik lah jugak. Sebab sebelum ni elok je. Aku try check out item kedai lain. Sama jugak macam tu.


Rupanya Shopee tak buat penghantaran kat kawasan rumah aku. Aku dah dapat agak. Mungkin sebab banjir atau ada jalan yang diorang tak dapat lalu. Jadinya lebih baik hold dulu order.

Semua order aku sebelum ni tak sampai. Ada yang tak gerak pun kat hub terdekat. Mungkin jugak takde driver atau rider yang boleh hantarkan. Hujan lebat dan air naik tak boleh ambil mudah.

Post a Comment

12 Comments

  1. sama la... ldy di terengganu... yg order dlm talian masih hold.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib. Alhamdulillah. Masa saya komen ni, posmen dah mula hantar barang.

      Delete
  2. Ada satu barang ni, saya order lambat sampai. Biasa, cepat je sampai bila beli di Shoppe. Beli pewangi kereta je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau laluan kawasan banjir akan jadi lambat. Kalau tak banjir, tu mungkin masalah lain.

      Delete
  3. ya laa
    diorg pun tak nak amik risiko kan
    tggu air dah surut baru diorg pos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada posmen datang sambil mintak maaf sebab lambat hantar kes jalan naik air.

      Delete
  4. Ada baiknya Shopee bertindak sedemikian . Biar keadaan pulih dulu baru boleh order . Risau kalau barang online terperap dalam hub kurier takut juga hilang atau apa-apa yg berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu satu hal. Nasib baik jugak lah sebenarnya.

      Delete
  5. semoga dipermudahkan urusan utk yg terjejas akibat banjir

    ReplyDelete
  6. smoga dipermudahkan urusan korang yg tgh dlm musibah banjir

    ReplyDelete